Fino Yang Hilang
------------------------------------------------------ Akhir 2015: LE1.00 = 5 fino Akhir 2016: LE1.00 = 4 fino Akhir 2017: LE1.00 = 3 fino Akhir 2018: LE1.00 = 2 fino ATAU Akhir 2015: 15 fino = LE3.00 Akhir 2016: 15 fino = LE3.75 Akhir 2017: 15 fino = LE5.00 Akhir 2018: 15 fino = LE7.50 ------------------------------------------------------ Rekod harga fino American Sweet tersebut menunjukkan, dengan nilai LE1.00 yang sama, kuantiti fino yang mampu dibeli semakin berkurang dari tahun ke tahun. Seolah-olah kehilangan 1 batang fino setiap tahun. Ataupun, dengan kuantiti fino yang sama, mata wang Egyptian Pound (EGP) yang perlu dibelanjakan semakin bertambah dari tahun ke tahun. Keadaan ini menggambarkan kuasa beli EGP semakin menyusut dari tahun ke tahun; atau, harga fino semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah peniaga American Sweet sengaja menaikkan harga finonya? Adakah hanya fino American Sweet sahaja ya