Fino Yang Hilang
------------------------------------------------------
Akhir 2015: LE1.00 = 5 fino
Akhir 2016: LE1.00 = 4 fino
Akhir 2017: LE1.00 = 3 fino
Akhir 2018: LE1.00 = 2 fino
ATAU
Akhir 2015: 15 fino = LE3.00
Akhir 2016: 15 fino = LE3.75
Akhir 2017: 15 fino = LE5.00
Akhir 2018: 15 fino = LE7.50
------------------------------------------------------
Rekod harga fino American Sweet tersebut menunjukkan, dengan nilai LE1.00 yang sama, kuantiti fino yang mampu dibeli semakin berkurang dari tahun ke tahun. Seolah-olah kehilangan 1 batang fino setiap tahun. Ataupun, dengan kuantiti fino yang sama, mata wang Egyptian Pound (EGP) yang perlu dibelanjakan semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Keadaan ini menggambarkan kuasa beli EGP semakin menyusut dari tahun ke tahun; atau, harga fino semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Mengapakah keadaan ini berlaku?
Adakah peniaga American Sweet sengaja menaikkan harga finonya?
Adakah hanya fino American Sweet sahaja yang meningkat?
Adakah hanya fino sahaja yang meningkat harga?
Adakah fino penyimpan nilai yang baik?
Keadaan ini berlaku kerana inflasi mata wang EGP. Apabila inflasi mata wang berlaku, peniaga-peniaga barangan atau perkhidmatan terpaksa meningkatkan harga barangan atau perkhidmatan mereka bagi mengimbangi pembekalan mata wang yang telah berlebihan berbanding barangan atau perkhidmatan mereka yang terhad.
Buktinya, bukan hanya satu atau sebilangan peniaga sahaja yang meningkatkan harga barangan atau perkhidmatan mereka, bahkan kebanyakan peniaga. Dan bukan hanya fino sahaja yang meningkat harga, bahkan kebanyakan barangan atau perkhidmatan seperti air mineral, jus buah-buahan, tambang pengangkutan, minyak dan sewa rumah. Dan pembeli masih mampu bayar dan EGP masih mampu beredar dalam pasaran, membuktikan dengan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan, pembekalan EGP dalam pasaran masih cukup dan mampu menampung dan beredar dalam pasaran.
Jika salah dan tidak benar berlaku inflasi, maka keadaan yang menggambarkan deflasi mata wang EGP akan paling mungkin berlaku, kerana pembekalan EGP tidak cukup dan tidak mampu menampung peningkatan harga barangan atau perkhidmatan. Halaju (velocity) peredaran EGP juga akan berkurangan dan mengakibatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, Gross Domestic Product (GDP)) Mesir berkurangan yang boleh melambangkan ekonomi Mesir sedang mengecut.
Jadi, jangan disalahkan 100% peniaga yang terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka disebabkan keadaan yang berlaku. Sebaliknya, salahkan 'pencetak' mata wang EGP yang mencetak mata wang EGP secara berlebihan dan semakin berlebihan dari tahun ke tahun sehingga berlaku inflasi.
Ataupun, salahkan diri sendiri jika menyimpan dalam EGP atau menjadikan EGP sebagai simpanan jangka masa panjang, kerana mata wang fiat diciptakan bukan untuk tujuan disimpan, tetapi dibelanjakan. Mata wang fiat kurang sesuai dijadikan simpanan, lebih-lebih lagi simpanan jangka masa panjang, kerana mata wang fiat sangat terdedah kepada inflasi dan manipulasi mata wang fiat. Semakin lama anda simpan mata wang fiat, semakin miskin anda jadi. Maka, jangan menyimpan dalam mata wang fiat lebih-lebih lagi untuk jangka masa panjang.
Kata Robert T. Kiyosaki, pengarang buku 'Rich Dad, Poor Dad', "Savers (of fiat currencies) are losers." Maksudnya, "Penyimpan-penyimpan (mata wang fiat) ialah orang yang rugi."
Walaupun harga fino meningkat dari tahun ke tahun, tetapi fino bukanlah penyimpan nilai yang baik untuk jangka masa panjang kerana fino tidak bertahan lama. Fino tidak melengkapi ciri-ciri wang iaitu bertahan lama (durable). Jadi, jangan simpan fino lama-lama ya~ Akan berkulat nanti fino tu kalau disimpan lama-lama.
Jika ingin menyimpan untuk jangka masa panjang, sebaiknya simpan dalam aset fizikal seperti emas atau silver, kerana emas dan silver kalis inflasi, mudah dimiliki, mempunyai sejarah menjadi mata wang dan penyimpan nilai yang sangat baik untuk jangka masa panjang.
Bagi yang berada di Mesir, boleh hubungi saya untuk mulakan simpanan emas atau silver murah, mudah dan patuh syariah.
"Save gold or silver today, gold or silver will save you tomorrow"
Aizat Arif Bin Jamalullail a.k.a. Dr. Silver
+201148477262 (Telegram/WhatsApp/Call)
PG00058255 Public Gold Authorized Dealer
Comments
Post a Comment