Islam & Perubatan
Islam meletakkan perubatan dan kesihatan di kedudukan yang tinggi sebagaimana aspek kehidupan yang lain. Malangnya, sekarang terdapat istilah-istilah yang berlegar dalam kalangan manusia yang maknanya tidak jelas dan mengelirukan, contohnya: 'Perubatan Islam', 'Perubatan Nabi (Thibb Nabawiy)' dan 'Perubatan Sunnah'. Perubatan ialah ilmu yang tertegak atas kajian dan penyelidikan. Ia tidak terikat kepada agama seseorang pengamal perubatan. Contohnya, apabila seseorang makan makanan, makanan tersebut akan melalui saluran pemakanan dan penghadaman bermula dari mulut, oesophagus, perut, usus dan seterusnya, tanpa mengira agama orang tersebut. Semua sama sahaja laluannya. Thibb Nabawiy (Perubatan Nabi) ialah suatu perubatan yang wujud semasa zaman Nabi, yang bermanfaat dan padanya banyak kebaikan, dan Nabi pernah amalkannya. Thibb Nabawiy bukanlah suatu perkara yang diturunkan dari langit, dan bukanlah wahyu dari sisi Allāh yang tidak boleh ke atasnya kesalahan atau