Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold
[Kemas kini 14 Mac 2020] Menyimpan ialah langkah awal dalam mencapai sekuriti kewangan ( financial security ). Semakin banyak simpanan seseorang, semakin selamat kewangannya. Orang yang berpendapatan sedikit tetapi mempunyai simpanan banyak jauh lebih baik berbanding orang yang berpendapatan banyak tetapi simpanan tiada atau sedikit. Simpanan untuk jangka masa panjang sangat sesuai disimpan dalam aset fizikal dan material seperti emas ( gold , Au) atau perak ( silver , Ag). Hal ini kerana simpanan dalam emas atau perak mempunyai beberapa kelebihan berbanding simpanan dalam mata wang fiat ( fiat currency ), antar anya: Emas dan perak kalis inflasi dan krisis mata wang fiat, manakala mata wang fiat terdedah kepada inflasi dan krisis mata wang fiat Nilai emas dan perak stabil dan terjamin dalam jangka masa panjang, manakala nilai mata wang fiat susut dan tidak terjamin dalam jangka masa panjang Kekayaan penyimpan emas dan perak berada pada pemilikan dirinya sendiri, manakala keka