Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold


[Kemas kini 14 Mac 2020] Menyimpan ialah langkah awal dalam mencapai sekuriti kewangan (financial security). Semakin banyak simpanan seseorang, semakin selamat kewangannya. Orang yang berpendapatan sedikit tetapi mempunyai simpanan banyak jauh lebih baik berbanding orang yang berpendapatan banyak tetapi simpanan tiada atau sedikit.

Simpanan untuk jangka masa panjang sangat sesuai disimpan dalam aset fizikal dan material seperti emas (gold, Au) atau perak (silver, Ag). Hal ini kerana simpanan dalam emas atau perak mempunyai beberapa kelebihan berbanding simpanan dalam mata wang fiat (fiat currency), antaranya:
  • Emas dan perak kalis inflasi dan krisis mata wang fiat, manakala mata wang fiat terdedah kepada inflasi dan krisis mata wang fiat
  • Nilai emas dan perak stabil dan terjamin dalam jangka masa panjang, manakala nilai mata wang fiat susut dan tidak terjamin dalam jangka masa panjang
  • Kekayaan penyimpan emas dan perak berada pada pemilikan dirinya sendiri, manakala kekayaan penyimpan mata wang fiat bergantung pada pengeluar mata wang fiat tersebut
  • Naluri manusia cenderung kepada menjadikan emas dan perak sebagai simpanan, manakala mata wang fiat pula untuk dibelanjakan
  • Emas dan perak menutup nafsu berbelanja pada perkara yang bukan keperluan, manakala mata wang fiat merangsang nafsu berbelanja pada perkara yang bukan keperluan

Atas sebab-sebab tersebut, simpanan emas dan perak bertahan lebih lama berbanding simpanan mata wang fiat.


Banyak orang ingin membuat simpanan perak sebagai alternatif simpanan kewangan dan insurans kewangan bagi melindungi nilai kewangan mereka untuk jangka masa panjang. Malangnya, pelbagai halangan ditemui, antaranya:
  • Modal minima tinggi yang sukar dicapai bagi penyimpan bermodal rendah
  • Risiko berlaku kehilangan, kecurian atau rompakan sekiranya simpan sendiri
  • Upah simpan yang boleh membebankan sekiranya simpan di peti keselamatan
  • Skim simpanan yang tidak patuh syariah sekiranya simpan di sebahagian institusi

Janganlah risau dan bertenanglah! Public Gold ada penyelesaiannya! Dengan akaun perak Silver Accumulation Program (SAP), masalah-masalah tersebut dapat diatasi, in syā’ Allāh.


PENGENALAN KEPADA SILVER ACCUMULATION PROGRAM (SAP)

Silver Accumulation Program (GAP)(Bahasa Melayu: Program Pengumpulan Perak) ialah suatu program yang dijalankan oleh Public Gold bagi memudahkan khalayak untuk membuat simpanan perak dengan modal minima serendah RM100. Program ini disokong 100% oleh perak fizikal dan material berketulenan Ag999 (24 karat, 24K) yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Pembeli boleh mengeluarkan gram perak yang telah dikumpul dalam akaun SAP ke dalam bentuk item perak fizikal dan material di mana-mana cawangan Public Gold. SAP disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.



CIRI-CIRI & KELEBIHAN SAP

Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan SAP:
  • Disokong 100% oleh perak fizikal dan material berketulenan Ag999
  • Pengumpulan perak fizikal berketulenan Ag999 dalam berat gram sehingga 4 titik perpuluhan
  • Pembelian minima serendah RM100
  • Pembelian ditukarkan kepada gram perak yang setimpal sehingga 4 titik perpuluhan mengikut harga semasa
  • Pembelian boleh dilakukan secara atas talian (online)
  • Tiada upah simpan dikenakan
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 250 gram perak fizikal dan material berketulenan Ag999
  • Arahan tetap bulanan disediakan
  • Akaun bersama (joint account) antara ibu bapa dengan anak disediakan
  • Penyata akaun (account statement) disediakan dan boleh dilihat secara atas talian (online)

Disokong 100% oleh Perak Fizikal dan Material Berketulenan Ag999: Simpanan anda dalam SAP disokong 100% oleh perak fizikal dan material berketulenan Ag999 (24 karat, 24K), ketulenan perak berpiawai tinggi di Malaysia. Anda menyimpan dalam SAP, anda memang menyimpan perak! Simpanan perak anda dijamin oleh Public Gold. Dengan ciri ini, permasalahan berkaitan risiko berlaku kehilangan, kecurian atau rompakan sekiranya simpan sendiri dapat dielakkan.

Pengumpulan Perak Fizikal Berketulenan Ag999 dalam Berat Gram sehingga 4 Titik Perpuluhan: Simpanan perak anda dalam akaun SAP dicatat dalam unit berat gram dengan sensitiviti setinggi 4 titik perpuluhan (contoh: 41.6667 gram).

Pembelian Minima Serendah RM100: Anda boleh membeli dan menyimpan perak dengan modal minima serendah RM100. Dengan kelebihan ini, permasalahan berkaitan modal minima tinggi yang sukar dicapai bagi penyimpan bermodal rendah dapat diatasi.

Pembelian Ditukarkan kepada Gram Perak Yang Setimpal sehingga 4 Titik Perpuluhan Mengikut Harga Semasa: Mata wang anda ditukarkan semaksima mungkin kepada gram perak mengikut harga semasa sehingga 4 titik perpuluhan. Ciri ini pastinya memaksimakan nilai mata wang anda. Sebagai contoh, jika harga semasa SAP ialah RM2.40/gram dan anda beli sebanyak RM100, anda akan dapati 41.6667 gram perak tercatat dalam akaun SAP anda.

Pembelian Boleh Dilakukan Secara Atas Talian (Online): Anda boleh lakukan pembelian secara atas talian (online) di mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Ini semestinya akan memudahkan urusan pembelian anda.

Tiada Upah Simpan Dikenakan: Selagimana anda tidak keluarkan (withdraw) perak simpanan anda daripada akaun SAP anda, tiada upah simpan dikenakan. Anda boleh biar perak simpanan anda dalam akaun SAP anda tersimpan seberapa lama yang anda mahu. Dengan kelebihan ini, permasalahan berkaitan upah simpan yang boleh membebankan sekiranya simpan di peti keselamatan dapat diatasi.

Pengeluaran Sekurang-Kurangnya 250 Gram Perak Fizikal Berketulenan Ag999: Anda boleh keluarkan perak simpanan anda dalam akaun SAP anda ke dalam bentuk item perak fizikal dan material serendah 250 gram. SAP ialah kaedah patuh syariah terbaik, termurah dan termudah bagi anda untuk mendapatkan perak material berketulenan Ag999 bertaraf antarabangsa serendah 250 gram di Malaysia.

Arahan Tetap Bulanan (Monthly Standing Instruction) Disediakan: Jika anda seorang pelupa dan inginkan sistem menguruskan pembelian dan simpanan anda, anda boleh buat arahan tetap bulanan. Pada hari bulan yang telah anda tetapkan, sistem akan secara automatik membuat pembelian dan anda akan secara automatik menyimpan perak pada setiap bulan apabila tiba hari bulan yang anda telah tetapkan itu.

Akaun Bersama (Joint Account) antara Ibu Bapa dengan Anak Disediakan: Jika anda ialah ibu bapa yang mempunyai anak berumur bawah 18 tahun dan ingin membuat simpanan perak untuk anak anda, anda boleh buat akaun bersama (joint account) SAP antara anda dengan anak anda.

Penyata Akaun (Account Statement) Disediakan dan Boleh Disemak Secara Atas Talian (Online): Anda boleh semak transaksi pembelian (purchase), pengeluaran (withdraw), baki akaun (account balance) atau sejarah transaksi (transaction history) secara atas talian (online). Dengan kelebihan ini, anda tidak perlu bersusah payah menjadi atau melantik akauntan untuk menguruskan akaun SAP anda.


TERMA & SYARAT SAP

Boleh baca terma dan syarat SAP di sini.


PRINSIP SYARIAH DALAM SAP

Pembeli membeli GRAM PERAK milik Public Gold dengan memindahkan (transfer) sejumlah mata wang ke akaun bank Public Gold. Ketika memindahkan mata wang tersebut, ia hanyalah sebagai deposit sekuriti (security deposit).

Gram perak yang dibeli oleh pembeli akan dicatatkan di penyata akaun (account statement) SAP pembeli. Setelah transaksi pembelian gram perak tersebut diluluskan (approved) dan dipastikan (confirmed), gram perak tersebut akan dimasukkan ke dalam baki akaun (account balance) SAP pembeli dan pemilikan gram perak tersebut berpindah daripada Public Gold kepada pembeli secara pemilikan konstruktif (constructive possession). Kontrak jual-beli termeterai secara sah.

Gram perak milik pembeli dalam akaun SAP pembeli disimpan dan dijamin oleh Public Gold selagimana pembeli tidak mengeluarkan peraknya ke dalam bentuk item perak fizikal melalui kontrak simpanan beserta jaminan.

Apabila pembeli mengeluarkan perak simpanannya dalam akaun SAP ke dalam bentuk item perak fizikal, barulah pemilikan konstruktif (constructive possession) tersebut bertukar kepada pemilikan sebenar (actual possession).

Maka, permasalahan berkaitan skim simpanan yang tidak patuh syariah dapat dicegah.

Sijil pengesahan patuh syariah Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold oleh Amanie Advisors

Nak faham lebih lanjut tentang konsep asas Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold, jemput baca karangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sini.


SILVER ACCUMULATION PROGRAM (SAP) & INTERNET BANKING

Cara mudah untuk faham fungsi SAP adalah dengan mengkaitkannya dengan perbankan internet (internet banking). Antara persamaan SAP dengan perbankan internet (internet banking):
       Simpanan atas talian (online saving)
       Keluarkan simpanan (withdraw)

Simpanan Atas Talian (Online Saving): Sebagaimana kita simpan mata wang Ringgit Malaysia (RM) di bank dan ringgit simpanan tersebut boleh dipantau dan diuruskan melalui internet banking secara atas talian (online), begitu juga SAP. Kita simpan gram perak di Public Gold dan gram perak simpanan tersebut boleh dipantau dan diuruskan secara atas talian (online) melalui SAP di tapak web (website) Public Gold.

Keluarkan Simpanan (Withdraw): Sebagaimana kita boleh keluarkan mata wang ringgit simpanan kita di bank kepada nota bank (banknote), begitu juga kita boleh keluarkan gram perak simpanan kita di SAP kepada bentuk item perak fizikal dan material di mana-mana cawangan Public Gold.


DENGAN PERAK SIMPANAN SAP, ANDA BOLEH…

Dengan perak simpanan SAP, anda boleh lakukan perkara berikut:
       Keluarkan (withdraw) item jongkong perak fizikal dan material.
       Jual-balik (sellback) gram perak tersebut untuk dapatkan Ringgit Malaysia (RM).

Keluarkan (Withdraw): Daripada perak simpanan SAP anda, anda boleh keluarkan (withdraw) item jongkong perak fizikal dan material. Hanya pemilik akaun SAP sahaja boleh keluarkan item perak fizikal daripada akaun SAPnya. Maksudnya, hanya anda sahaja yang boleh keluarkan item perak fizikal daripada akaun SAP anda. Anda diwajibkan untuk datang ke cawangan Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php/branch) dan bawa kad pengenalan diri sendiri. Caj premium dikenakan dan wajib dibayar secara tunai. Jumlah caj premium berbeza mengikut item yang dikeluarkan.

Jual-Balik (Sellback): Selain itu, anda boleh juga jual-balik (sellback) perak tersebut untuk mendapatkan Ringgit Malaysia (RM). Anda boleh lakukannya secara atas talian (online) tanpa perlu datang ke cawangan Public Gold. Urusan jual-balik (sellback) anda lebih mudah kerana silver anda sudah tersedia dalam SAP. Public Gold akan masukkan (bank in) ke akaun bank anda dalam masa 24 jam.


SIAPAKAH YANG SESUAI MEMBELI PERAK SECARA SAP?

Sesiapa sahaja boleh membeli perak secara SAP. Cuma golongan berikut sangat sesuai dan digalakkan membeli perak secara SAP, dan menjadikan SAP sebagai kaedah utama pembelian perak:
  • Orang yang mempunyai modal kecil untuk membeli perak
  • Orang yang tiada modal cukup untuk membeli suatu item perak secara sekaligus
  • Orang yang ingin membeli perak tetapi ada isu berkaitan tempat simpanan
  • Orang yang bermukim di luar negara
  • Orang yang ingin mengalih atau mempelbagai simpanan kewangan kepada simpanan perak dalam akaun
  • Ibu bapa yang ingin membuat simpanan kewangan jangka masa panjang untuk anak dalam perak

Orang yang mempunyai modal kecil untuk membeli perak: Dengan SAP, anda boleh menyimpan perak dengan modal serendah RM100. Sudahlah modal minimanya mampu capai, tiada upah simpan dikenakan pula.

Orang yang tiada modal cukup untuk membeli suatu item perak secara sekaligus: Jika anda berazam untuk miliki suatu item perak, tetapi modal semasa anda tidak cukup untuk beli sekaligus, anda boleh beli item tersebut secara SAP. Anda kumpul gram perak sedikit demi sedikit dalam akaun SAP sehingga capai gram yang anda inginkan, kemudian anda keluarkan gram perak tersebut dalam bentuk item perak yang anda impikan.

Orang yang ingin membeli perak tetapi ada isu berkaitan tempat simpanan perak: Jika anda tidak tenang dan risau fikirkan masalah berkaitan tempat simpanan perak anda seperti keselamatan, kos dan kecapaian, maka SAP sangat sesuai untuk anda. Apabila anda beli gram perak secara SAP, Public Gold akan tolong simpankan dan jamin gram perak anda tanpa sebarang kos atau yuran simpanan sehinggalah anda sendiri keluarkan perak simpanan tersebut. Anda juga boleh keluarkan gram perak simpanan anda tersebut di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

Orang yang bermukim di luar negara: Jika anda berada di luar negara untuk suatu tempoh (sama ada atas apa-apa urusan seperti pekerjaan, pengajian atau pelancongan) dan akan kembali ke Malaysia pada masa akan datang, anda disyorkan beli dan simpan perak secara SAP. Apabila anda pulang ke Malaysia, anda boleh keluarkan perak yang anda kumpul sekian lama dalam akaun SAP anda.

Orang yang ingin mengalihkan atau mempelbagaikan (diversify) portfolio simpanan kewangan: Jika anda ingin alihkan atau pelbagaikan (diversify) portfolio simpanan kewangan anda, saya syorkan anda pertimbangkan SAP sebagai salah satu tempat anda alihkan atau pelbagaikan portfolio simpanan kewangan anda.

Ibu bapa yang ingin membuat simpanan kewangan jangka masa panjang untuk anak dalam perakJika anda ialah ibu bapa yang mempunyai anak berumur bawah 18 tahun dan ingin membuat simpanan kewangan jangka masa panjang (contoh: dana pendidikan) untuk anak anda dalam perak, anda boleh buat akaun bersama (joint account) SAP antara anda dengan anak anda dan simpan melalui SAP.


PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN SAP

Jika anda ingin buka akaun perak SAP untuk KALI PERTAMA, anda hanya perlu BELI GRAM PERAK walau serendah RM100 atau seberapa banyak yang anda mahu. Ikut langkah berikut:

1 –  Rujuk Harga Emas SAP
Rujuk harga perak SAP yang dipaparkan di tapak web (website) Public Gold (www.publicgold.com.my). Harga dikemas kini (update) sehari sekali pada pukul 12:00 tengah malam waktu Malaysia (GMT+8 0000).

Contoh paparan harga perak SAP. Harga perak SAP tertinggi RM4.78/gram. Cuba bandingkan dengan harga perak SAP sekarang.


2 –  Buat Pembayaran ke Akaun Bank Public Gold
Langkah ini ialah langkah yang PALING UTAMA dan PALING PENTING! Harga perak SAP yang anda beli dirujuk pada masa anda masukkan (bank in) mata wang ke akaun bank Public Gold.

Masukkan (bank in) mata wang ke akaun bank Public Gold, sama ada secara perbankan internet (internet banking) atau deposit tunai (cash deposit). Anda boleh masukkan (bank in) seberapa banyak yang anda mahu, asalkan nilainya lebih atau bersamaan RM100 (≥RM100).

Contoh 1: Jika anda ingin buka akaun SAP dengan nilai 50 gram perak dan harga perak SAP pada hari itu ialah RM3.00/gram, anda boleh terus masukkan (bank in) RM150 ke akaun bank Public Gold.
50 gram × RM3.00/gram = RM150

Contoh 2: Jika anda ingin buka akaun SAP dengan nilai RM200 dan harga perak SAP pada hari itu ialah RM3.00/gram, anda akan dapat 66.6667 gram perak dalam akaun SAP anda.

RM200 ÷ RM3.00/gram = 66.6667 gram

Berikut ialah maklumat akaun bank Public Gold:
Bank
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Public Bank Berhad
Nombor Akaun
557139238048
3167-52-0833
Penama Akaun
Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

Saya syorkan anda set (tetapkan) akaun bank Public Gold tersebut sebagai akaun kegemaran (favourite account) anda bagi memudahkan urusan anda pada masa hadapan.

Jika anda gunakan perbankan internet (internet banking) bank lain, anda boleh gunakan perkhidmatan  Giro Antara Bank (Interbank Giro (IBG)) atau Pindahan Segera (Instant Transfer). Jika anda buat deposit tunai (cash deposit), pastikan anda dapat resit transaksi (transaction receipt) sebagai bukti.


3 –  Beri Butiran Pembayaran dan Maklumat Diri kepada Public Gold
Selepas anda buat pembayaran, beri butiran pembayaran dan maklumat diri anda kepada saya melalui mana-mana aplikasi sosial atau media sosial saya (WhatsApp/Telegram/Facebook/Instagram/Twitter). Jika anda buat pembayaran guna perbankan internet (internet banking), muat turun (download) atau tangkap layar (screen shot) resit transaksi (transaction receipt) tersebut. Manakala jika anda buat pembayaran guna deposit tunai (cash deposit), ambil gambar resit transaksi (transaction receipt) tersebut.

Contoh resit transaksi (transaction receipt) maybank2u.com
Beri maklumat dan butiran berikut:
A) Nama Penuh:
B) Nombor Kad Pengenalan:
C) Nombor Telefon:
D) E-Mail:
E) Jumlah Pembayaran:
F) Tarikh Pembayaran:
G) Masa Pembayaran:

Sertakan sekali resit transaksi (transaction receipt) untuk Public Gold sahkan pembayaran. Simpan resit transaksi (transaction receipt) tersebut baik-baik untuk rujukan masa hadapan.


4 –  Semak Penyata Akaun SAP
Tunggu Public Gold proses pembukaan akaun SAP anda dalam masa 2 HARI BEKERJA.

Apabila sudah dapat e-mail berkaitan PG Code daripada Public Gold, pergi ke tapak web (website) Public Gold kemudian log masuk (log in) ke akaun SAP anda untuk semak Penyata Akaun SAP. Gunakan nombor kad pengenalan 12 digit sebagai kata laluan (password).

Ingat PG Code anda, kerana setiap urusan dengan Public Gold akan menggunakan PG Code sebagai rujukan.

Kalau masih belum terima juga e-mail tersebut selepas 2 hari bekerja, maklum saya untuk saya buat tindakan susulan (follow up) dengan Public Gold.



PANDUAN KELUARKAN (WITHDRAW) ITEM PERAK MATERIAL DARIPADA AKAUN SAP

Untuk keluarkan (withdraw) item perak material daripada akaun SAP, ikut langkah berikut:
1 –  Hubungi dan maklum cawangan Public Gold yang ingin dipergi sebelum datang. Rujuk alamat dan nombor telefon di https://publicgold.com.my/index.php/branch.


2 –  Tanya berkaitan kesediaan stok item yang ingin dikeluarkan. Ambil nama staf Public Gold yang dihubungi bagi memudahkan rujukan dan tindakan susulan (follow up). Sekiranya stok ada, minta staf Public Gold tersebut simpankan untuk anda.

Sekiranya stok tiada, pilih antara berikut:
A)    Tunggu sehingga stok tiba dan tersedia di cawangan tersebut.
B)    Tukar dan pilih item lain yang tersedia ada di cawangan tersebut.
C)    Rujuk cawangan Public Gold lain berkaitan kesediaan stok mereka.

Anda boleh keluarkan item jongkong perak berketulenan Ag999 diiktiraf LBMA seberat 250 gram, 500 gram, 1000 gram (1 kilogram) atau 5000 gram (5 kilogram).


3 –  Datang ke cawangan Public Gold tersebut. Tunjuk kad pengenalan dan bayar caj premium.

Jadual premium produk. Semakin besar item yang dikeluarkan, semakin murah premium pergram item tersebut. Contohnya, jika anda ingin keluarkan 1000 gram daripada akaun SAP anda, dengan pengeluaran 4 jongkong perak 250 gram, anda perlu bayar premium keseluruhan RM120, berbanding dengan pengeluaran 1 jongkong perak 1000 gram (1 kilogram), anda hanya perlu bayar premium keseluruhan RM40 sahaja.

Premium 4 jongkong perak 250 gram: RM30/item × 4 item = RM120
Premium 1 jongkong perak 1000 gram: RM40/item × 1 item = RM40

MAKLUMANAnda boleh keluarkan gram perak anda dalam akaun SAP anda kesemuanya atau sehingga bakinya bawah daripada 50 gram. Cuma, jika anda berbuat sedemikian, akaun SAP anda akan dianggap tidak aktif dan ditutup. Jika anda ingin buka semula dan aktifkan akaun SAP anda, caj pengaktifan atau pembukaan semula dikenakan. Cadangan saya, sebaiknya anda kekalkan baki gram perak dalam akaun SAP anda walau serendah 50 gram bagi mengekalkan akaun SAP anda aktif dan membolehkan anda berurusan menggunakan akaun SAP anda pada masa hadapan tanpa sebarang caj dikenakan.


Inilah secara ringkas pembelian emas melalui akaun perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold. Semoga dengan penerangan ringkas ini, dapat membantu anda membuat simpanan silver dengan mudah, murah, selamat dan patuh syariah.

Jika ada apa-apa persoalan atau masih kurang jelas, boleh hubungi saya bila-bila masa di nombor berhubung saya di mana-mana aplikasi sosial atau media sosial saya (WhatsApp/Telegram/Facebook/Instagram/Twitter). in syā’ Allāh, saya akan bimbing dan bantu berdasarkan ilmu saya.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold