Posts

Showing posts from June, 2020

Zakat Emas & Perak

Islām ialah cara hidup (al-Dīn) yang lengkap dan sempurna, meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Islām bukanlah agama yang hanya meliputi aspek kepercayaan dan ibadah ritual sahaja, bahkan Islām meliputi seluruh perkara, baik dari aspek kesihatan, kemasyarakatan, ekonomi, politik dan lain-lain. KEWAJIPAN ZAKAT EMAS & SILVER Salah satu rukun daripada 5 Rukun Isl ā m ialah menunaikan zakat.  Berdasarkan had ī ts berikut, penunaian zakat ialah rukun Isl ā m yang ke-3. بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ Terbinanya Isl ā m atas lima (5)(perkara): penyaksian bahawa tiada tuhan selain All ā h, dan bahawasanya Muhammad ialah  Rasūl-Allāh ; pembangunan sembahyang; penunaian zakat; haji di al-Bayt; dan puasa Ramadh ā n. Sumber ANCAMAN TIDAK MENUNAIKAN ZAKAT Dalam al-Qur' ā n, All ā h memberi ancaman kepada mere