Prinsip Penting Menyimpan Wang
Pernahkah anda cuba membuat simpanan kewangan, namun akhirnya gagal menyimpan? Simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit? Sudah membuat simpanan, tetapi ter'bocor' pula? Atau tiada simpanan kewangan langsung kerana tiada wang lebihan? Untuk artikel ini, saya kongsikan beberapa prinsip penting membuat simpanan kewangan agar kita dapat menyimpan wang, simpanan bertahan lama, berdisiplin dalam menyimpan, dan berjaya dalam membuat simpanan kewangan. Berikut antara prinsipnya: 1) Mulakan sekarang! Jangan tangguh! Pesan Robert Kiyosaki, pengarang 'Rich Dad, Poor Dad' dan pencipta permainan CashFlow: “Your future is depends on what you do today, not tomorrow.” Maksudnya, masa hadapan kita bergantung kepada perkara yang kita lakukan pada hari ini, bukannya pada hari esok. Perkara yang kita lakukan atau tidak lakukan pada hari ini akan memberi kesan kepada masa hadapan kita. Bak kata pepatah, "perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama." Jika ki