Posts

Showing posts from September, 2018

Gaya Hidup Bawah Kemampuan

Image
Antara faktor mempengaruhi tahap kewangan seseorang ialah gaya hidup ( lifestyle ) yang dia amalkan. Gaya hidup berbeza akan menghasilkan tahap dan peluang kewangan berbeza, sama ada meningkat, mengekal atau menurun. Gaya hidup berbeza akan membuatkan seseorang sama ada bertambah kaya, sama sahaja, atau semakin miskin. Secara asasnya, ada 3 jenis gaya hidup: Gaya Hidup Bawah Kemampuan Gaya Hidup Mengikut Kemampuan Gaya Hidup Melebihi Kemampuan GAYA HIDUP BAWAH KEMAMPUAN  ialah gaya hidup yang perbelanjaannya kurang berbanding pendapatannya (Perbelanjaan < Pendapatan). Gaya hidup ini memberi kita peluang untuk menyimpan, yang mana hasil simpanan itu nanti membuka lebih banyak peluang kewangan yang baik. Selain itu, simpanan tersebut boleh dijadikan pinjaman, sedekah atau infaq yang memberi manfaat di akhirat kelak. Simpanan tersebut juga mampu meringankan beban yang ditanggung sekiranya mengalami kecelakaan. Orang yang beramal dengan gaya hidup bawah kemampu

Konsisten Menyimpan untuk Berkorban

Image
Antara matlamat simpanan kewangan yang boleh disasarkan adalah bagi melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Korban (عيد الاضحى) nanti. Sebenarnya, banyak orang boleh laksanakan ibadah korban sekiranya bijak mengurus kewangan. Kita hanya perlu disiplinkan diri dengan menyimpan dan konsisten dalam menyimpan. #1 - Mulakan dengan Niat dan Azam Melakukan simpanan akan jadi lebih mudah dan termotivasi apabila kita ada tujuan dan matlamat simpanan tersebut. Berniat dan berazam untuk lakukan ibadah korban pada tahun hadapan. Keutamaan niat bukan sekadar ingin menukarkan suatu pekerjaan daripada adat kepada ibadat, bahkan menjadi tujuan dan matlamat yang secara sedar atau separa sedar kita akan lakukan tindakan untuk capai tujuan dan matlamat tersebut. #2 - Kaji Harga dan Bahagian Korban Tentukan bahagian korban yang kita mahu, contohnya: 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu; atau tentukan bajet maksima yang kita ingin gunakan untuk korban, contohnya: