Cara Pembelian Emas & Silver Public Gold

Sebagai sebuah syarikat emas dan silver terbesar dan paling bereputasi tinggi di Malaysia, Public Gold menyediakan beberapa cara pembelian emas dan silver bagi memudahkan para pelanggan membuat pembelian bersesuaian belanjawan dan situasi mereka. Bagi memudahkan urusan pembelian produk emas atau silver Public Gold, para pelanggan boleh membuat tempahan dan transaksi pembayaran secara atas talian ( online ). Para pelanggan tidak perlu risau kena bawa wang tunai beratus-ribu ringgit ke cawangan Public Gold semata-mata ingin membuat bayaran. #1 - Outright Purchase (Pembelian Tunai) Outright Purchase ialah kaedah pembelian suatu item emas atau silver Public Gold secara tunai dengan bayaran penuh keseluruhan harga emas atau silver tersebut. Cara pembelian ini sangat sesuai bagi o rang yang mempunyai modal cukup untuk beli suatu item emas atau silver dan telah tentukan item yang dia ingin beli . Biasanya, harga pergram suatu item emas atau silver lebih murah jika ...