Syarat Kelayakan Menjadi Dealer Public Gold

[Kemas kini 27 Mac 2019] Antara soalan yang biasa ditanyakan kepada saya apabila saya perkenalkan diri saya sebagai dealer Public Gold: "Macam mana nak jadi dealer Public Gold? Ada yuran ke?"

Ketika saya masih sebagai mahasiswa, ada juga soalan sebegini: "Eh? Awak student lagi ke? Student pun boleh jadi dealer Public Gold juga ye?"

Untuk menjadi dealer Public Gold, tiada sebarang yuran dikenakan. Kita hanya perlu memenuhi syarat kelayakan yang Public Gold tetapkan sahaja. Ya, mahasiswa juga boleh jadi dealer Public Gold jika memenuhi syarat kelayakan tersebut.

Sebelum bercerita lanjut berkaitan syarat kelayakan menjadi dealer Public Gold, baik kita bercerita berkaitan tahap dealership Public Gold dahulu, kerana setiap tahap dealership ditetapkan syarat kelayakan yang berbeza.

Tahap Dealership Public Gold

Asasnya, ada 3 tahap dealership Public Gold yang berbeza dari segi syarat kelayakan dan insentif:
  1. Normal Dealer (insentif 1.0%)
  2. Priority Dealer (insentif 1.5%)
  3. Master Dealer (insentif 2.0%)

Untuk faham kelebihan menjadi dealer Public Gold, boleh baca artikel berikut: Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold


Syarat Kelayakan Menjadi Dealer Public Gold

Jadual syarat kelayakan asas menjadi dealer Public Gold

Jika anda ingin menjadi dealer Public Gold, anda boleh pilih syarat kelayakan yang Public Gold tetapkan mengikut kesesuaian diri anda.

Pilihan 1: Own Purchase (Pembelian Peribadi)

Jika anda ada modal untuk beli emas berdasarkan gram yang ditetapkan, anda boleh jadi dealer Public Gold secara pembelian peribadi.

Untuk menjadi Normal Dealer, anda perlu buat pembelian emas sejumlah 200 gram dalam satu invois.

Untuk menjadi Priority Dealer, anda perlu buat pembelian emas sejumlah 500 gram dalam satu invois.

Untuk menjadi Master Dealer, syarat kelayakan pembelian peribadi ini tiada. Anda hanya boleh jadi Master Dealer berdasarkan Accumulative Recruitment.

Perlu faham ya, pembelian peribadi ini bukanlah yuran hangus, tetapi nilai emas yang Public Gold tetapkan sebagai syarat, jika dibeli emas pada nilai tersebut, secara automatik terus jadi dealer sama ada mahu atau tidak mahu. Kita tetap dapat emas yang kita beli tersebut tanpa dikurangi walau 0.0001 gram pun.

Pilihan 2: Accumulative Recruitment (Rekrutmen Terkumpul)

Jika anda tiada modal cukup untuk menjadi dealer Public Gold secara pembelian peribadi, anda masih boleh jadi dealer Public Gold secara Accumulative Recruitment. Anda perkenalkan prospek kepada Public Gold dan jadikan prospek tersebut pelanggan berdaftar Public Gold dengan anda sebagai introducer mereka.

Untuk menjadi Normal Dealer, anda perlu jadi introducer kepada 50 orang pelanggan berdaftar dalam masa 3 bulan selepas anda menjadi pelanggan berdaftar Public Gold.

Untuk menjadi Priority Dealer, anda perlu jadi introducer kepada 250 orang pelanggan berdaftar.

Untuk menjadi Master Dealer, anda perlu jadi introducer kepada 500 orang pelanggan berdaftar dan lulus sesi temu ramah dan pantauan.


Promosi Dealership

Selain syarat kelayakan asas yang dinyatakan, Public Gold ada juga buat promosi dealership dengan syarat kelayakan yang lebih rendah berbanding syarat kelayakan asas tersebut.

Monthly Dealer Recruitment Drive (DRD)

Monthly Dealer Recruitment Drive (DRD) diadakan secara bulanan. Syarat kelayakannya berbeza setiap bulan.

Ini contoh promosi dealership Dealer Recruitment Drive (DRD) sepanjang Mac ini. Melalui Women's Day Dealer Recruitment Drive (DRD), anda berkelayakan jadi Dealer Public Gold dengan pembelian 150 gram GAP atau jadi Priority Dealer dengan pembelian 200 gram GAP dalam 1 invois.


Facebook Live Dealership Promotion

Pada beberapa ketika, Public Gold ada buat FB live bercerita tentang emas simpanan atau pelaburan seperti jongkong dan dinar, emas perhiasan seperti barang kemas emas Au750 (18K) Aurora Italia atau barang kemas emas Au916 (22K), atau apa-apa maklumat berkaitan emas.

Biasanya, Public Gold akan buat promosi sempena FB live, sama ada promosi pembelian atau promosi dealership.

Ini contoh Facebook live yang pernah diadakan. Sambil belajar berkaitan emas, dapat peluang promosi yang dijalankan.

Inilah secara ringkas syarat kelayakan menjadi dealer Public Gold. Semoga dengan penerangan ringkas ini, dapat memudahkan anda menjadi dealer Public Gold dan jadi usahawan Public Gold.

Jika ada apa-apa persoalan atau masih kurang jelas, boleh hubungi saya bila-bila masa di nombor berhubung saya +201148477262 (WhatsApp/Telegram/SMS/Call) atau mana-mana media sosial saya (Facebook/Instagram/Twitter). in syā’ Allāh, saya akan bimbing dan bantu berdasarkan ilmu saya.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold

Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold