Posts

Showing posts from January, 2020

Menyimpan Emas & Silver: Dilarang dalam Islām?

Sepanjang saya mengajak dan mengajar orang menyimpan emas dan silver, pernah beberapa kali saya terjumpa beberapa orang yang memberi respon negatif dengan menyatakan bahawa Islām melarang menyimpan emas dan silver dan hukumnya haram. "Islam melarang simpan emas dan perak. Haram hukumnya! Doktor tak mengaji hukum ke?! Jangan gila harta dan dunia sampai tak kenal hukum!" Adakah benar Islām melarang menyimpan emas dan silver? Jika benar, apakah dalilnya? Maka, kebanyakan mereka memberikan ayat Al-Qur'ān berikut sebagai hujah mereka menyatakan Islām melarang menyimpan emas dan silver: ۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّ كَثِیرࣰا مِّنَ ٱلۡأَحۡبَارِ وَٱلرُّهۡبَانِ لَیَأۡكُلُونَ أَمۡوَ ٰ⁠لَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَیَصُدُّونَ عَن سَبِیلِ ٱللَّهِۗ وَٱلَّذِینَ یَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا یُنفِقُونَهَا فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِیمࣲ۝ یَوۡمَ یُحۡمَىٰ عَلَیۡهَا فِی نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظ

Emas & Silver dalam Al-Qur'ān

Image
Antara keistimewaan emas dan silver berbanding kebanyakan logam lain, emas dan silver disebut dalam al-Qur'ān. Al-Qur'ān menyebut emas dan silver dalam pelbagai sudut dan fungsi. Dalam Bahasa Arab yang merupakan Bahasa al-Qur'ān, emas disebut sebagai 'ذَهَب', manakala silver disebut sebagai 'فِضَّة'. Dalam Al-Qur'ān, emas dan silver disebut sama ada secara jelas dengan menggunakan perkataan 'ذَهَب' dan 'فِضَّة', atau secara makna dengan menggunakan perkataan yang membawa maksud emas atau silver seperti 'دِينَار', 'دِرْهَم' dan 'زُخْرُف'. EMAS & SILVER SEBAGAI KEINGINAN NAFSU زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ ۝  Telah dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manu