Harga Emas & Perak Tinggi: Perkara Yang Kita Boleh Lakukan

Pertama sekali, kita kena faham bahawa tinggi atau rendah suatu harga emas atau silver adalah relatif. Sebelum mengatakan suatu harga emas atau silver sedang tinggi atau rendah, perlu ada sandaran atau penanda aras ( benchmark ) sebagai rujukan bagi menentukan suatu harga tinggi atau rendah. Sebagi contoh, harga emas RM200/gram boleh dikatakan tinggi, dan boleh juga dikatakan rendah. Jika seseorang bandingkan harga emas RM200/gram dengan harga emas RM180/gram, semestinya dia akan merasakan harga RM200/gram tersebut tinggi. Namun jika seseorang bandingkan harga emas RM220/gram dengan harga RM240/gram, dia akan merasakan harga RM200/gram tersebut tidak tinggi, tetapi rendah. Dalam jangka masa panjang, harga emas dan silver pada masa hadapan boleh dikatakan pasti akan meningkat.lebih tinggi berbanding harga sekarang. Cuma, harga yang lebih tinggi pada masa hadapan tersebut tidak dapat dibuktikan melainkan apabila tiba masanya. Apabila tiba masanya, harga terdahulu ya...