Harga Emas & Perak Tinggi: Perkara Yang Kita Boleh Lakukan

Pertama sekali, kita kena faham bahawa tinggi atau rendah suatu harga emas atau silver adalah relatif. Sebelum mengatakan suatu harga emas atau silver sedang tinggi atau rendah, perlu ada sandaran atau penanda aras (benchmark) sebagai rujukan bagi menentukan suatu harga tinggi atau rendah.

Sebagi contoh, harga emas RM200/gram boleh dikatakan tinggi, dan boleh juga dikatakan rendah. Jika seseorang bandingkan harga emas RM200/gram dengan harga emas RM180/gram, semestinya dia akan merasakan harga RM200/gram tersebut tinggi. Namun jika seseorang bandingkan harga emas RM220/gram dengan harga RM240/gram, dia akan merasakan harga RM200/gram tersebut tidak tinggi, tetapi rendah.

Dalam jangka masa panjang, harga emas dan silver pada masa hadapan boleh dikatakan pasti akan meningkat.lebih tinggi berbanding harga sekarang. Cuma, harga yang lebih tinggi pada masa hadapan tersebut tidak dapat dibuktikan melainkan apabila tiba masanya. Apabila tiba masanya, harga terdahulu yang dirasakan tinggi dan mahal pada masa dahulu, akan dirasakan rendah dan murah. Malangnya, pada ketika itu, harga terdahulu yang dirasakan rendah dan murah sudah menjadi sejarah dan tidak lagi boleh didapati.

Pada 25 Jun 2019, harga emas RM200/gram dirasakan tinggi jika dibanding dengan harga emas RM180/gram pada 9 Jun 2018. Namun pada 28 Januari 2020, harga emas RM200/gram tersebut dirasakan rendah jika dibanding dengan harga emas RM180/gram. Malangnya, harga emas RM200/gram tersebut sudah menjadi sejarah dan tidak lagi boleh didapati.


Kembali kepada tajuk perbincangan, ketika harga semasa emas atau silver sedang tinggi, apakah yang boleh seseorang lakukan?

Sebelum lakukan apa-apa, seseorang perlu kembali sedar posisinya dalam membeli emas atau silver. Adakah posisinya sebagai penyimpan, pelabur, peniaga atau pengumpul?


šŸ„‡PENYIMPAN (SAVER)šŸ„ˆ
Penyimpan menjadikan emas dan silver sebagai simpanan kewangan alternatif kepada simpanan dalam wang fiat. Fokus penyimpan adalah pada pertambahan gram emas atau silver dari semasa ke semasa tanpa mengira harga tinggi atau rendah. Penyimpan tak perlu risau jika harga semasa sedang tinggi. Penyimpan boleh teruskan membeli dan membuat simpanan untuk jangka masa panjang walaupun ketika harga tinggi, kerana penyimpan akan dapat untung dengan cara strategi pemurataan harga (price-averaging strategy).

Jika matlamat kewangan penyimpan masih belum hampir tiba, penyimpan tak perlu jual emas atau silver miliknya untuk dapatkan keuntungan. Penyimpan hanya jual emas atau silver miliknya apabila matlamat kewangannya sudah hampir tiba.

Sebagai contoh, jika tujuan dan matlamat penyimpan menyimpan emas atau silver adalah untuk menunaikan umrah atau haji pada bulan hadapan, maka bolehlah penyimpan menjual emas atau silver miliknya dan dapatkan wang fiat untuk kegunaan haji atau umrah yang bakal tiba tidak lama lagi. Namun jika penyimpan merancang untuk menunaikan haji atau umrah pada 5 tahun akan datang, tidak perlulah penyimpan menjual emas atau silver miliknya selagi matlamat kewangannya belum hampir tiba.

Selain itu, jika penyimpan memerlukan wang untuk modal perniagaan, penyimpan boleh jadikan emas atau silver simpanannya sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman kewangan daripada arrahnu.


"Kalau gadai semasa harga tengah tinggi, bukankah upah simpan akan jadi tinggi?"

Ya, kalau gadai emas atau silver semasa harganya sedang tinggi, upah simpan yang dikenakan juga tinggi; namun, pinjaman kewangan (baca: modal perniagaan) yang diberikan juga tinggi.

Sebagai contoh, ArRahnu A memberi pinjaman kewangan 80% daripada nilai gadaian, dan mengenakan upah simpan bulanan 1% daripada nilai gadaian. Ketika harga emas RM200/gram, pinjaman kewangan yang diberikan ialah RM160, dan upah simpan bulanan yang dikenakan ialah RM2/bulan. Ketika harga emas RM300/gram pula, pinjaman kewangan yang diberikan ialah RM240/gram, dan upah simpan bulanan ialah RM3/bulan.

Jadi, manfaatkanlah modal perniagaan yang diberikan sebaiknya agar mendapat lebih banyak keuntungan. Gunakannya untuk majukan atau kembangkan lagi bisnes sedia ada dan jana keuntungan lebih.


šŸ„‡PELABUR (INVESTOR)šŸ„ˆ
Fokus pelabur adalah mendapatkan keuntungan fiat dengan menggunakan emas atau silver sebagai alat pelaburan. Strategi pelabur ialah 'buy low, sell high (beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi'. Harga tinggi ialah peluang bagi pelabur menjual-balik emas atau silver miliknya dan dapatkan keuntungan.
.
Nak tahu suatu harga emas atau silver tinggi atau rendah, tidak boleh tidak pelabur wajib belajar analisis fundamental dan teknikal harga emas dan silver. Lupakan niat nak untung dengan pelaburan jika tak nak atau malas belajar.


Buku 'Analisis Fundamental Harga Emas' dan 'Analisis Teknikal Harga Emas' karangan Guru Analissi Harga Emas & Silver saya, En. Noor Shufaad Norani & En. Syukor Hashim.

šŸ„‡PENIAGA (TRADER)šŸ„ˆ
Peniaga menjadikan emas dan silver sebagai alat perniagaan. Fokus peniaga adalah mendapatkan keuntungan fiat di samping menambah stok emas dan silver miliknya. Harga tinggi ialah peluang bagi peniaga untuk membeli emas atau silver daripada pelanggan pada harga tinggi dengan spread (selisih harga) dan mendapatkan stok kembali (restock); manakala harga rendah ialah peluang bagi peniaga untuk meningkatkan jualan stok emas dan silver miliknya.

Biasanya, peniaga dan penyimpan saling berkaitan. Ketika harga rendah, pelabur membeli emas atau silver daripada peniaga. Ketika harga tinggi, pelabur menjual emas atau silver miliknya kepada peniaga.


šŸ„‡PENGUMPUL (COLLECTOR)šŸ„ˆ
Pengumpul menjadikan emas dan silver sebagai koleksi. Fokus pengumpul adalah mengumpul pelbagai corak, reka bentuk, edisi terhad, nombor siri istimewa dan lain-lain. Ketika harga tinggi, pengumpul masih boleh teruskan hobinya kerana biasanya item koleksi tidak terpengaruh dengan perubahan harga emas atau silver mentah dunia.

Wafer emas 1 gram tema Marvel Avengers sangat sesuai dijadikan item koleksi bagi pengumpul emas yang minat dan hobinya suka kumpul emas untuk dijadikan koleksi.


"Harga tinggi, takut nak beli. Kalau beli nanti, lepas tu harga jatuh, macam mana?"

Emas dan silver walaupun harganya jatuh, kedua-duanya tetap emas dan silver tanpa berkurangan walau 0.0001 gram pun. Selagimana emas atau silver yang dibeli ketika harga tinggi tersebut tidak dijual ketika harga rendah, pemiliknya tidak menanggung sebarang kerugian. Selain itu, perlu diingat, harga emas dan silver walaupun jatuh, ia pasti akan naik semula.

Tambahan pula, untuk jangka masa panjang, harga emas dan silver pasti meningkat lebih tinggi lagi. Jadi, tak perlu risau kalau beli emas atau silver pada harga tertinggi, selepas itu harga emas dan silver jatuh. Kerugian dalam perkara ini dapat diatasi dengan menjadikan emas dan silver sebagai simpanan atau pelaburan jangka masa panjang, dan menggunakan wang yang nak disimpan atau dilaburkan dan tidak akan digunakan untuk jangka masa panjang.

Kalau nak tunggu juga harga emas dan silver jatuh, saya nasihatkan supaya simpan wang tersebut sungguh-sungguh; kerana banyak kes yang saya pernah hadapi, seseorang nak tunggu harga turun supaya dia dapat beli ketika harga rendah dan dapat jimat wang, namun apabila harga turun rendah, malangnya dia tak ada wang untuk beli kerana wang tersebut sudah habis dibelanjakan. Lebih malang lagi, dia gunakan wang tersebut pada perbelanjaan yang bukan keperluan dan tidak meningkatkan tahap kewangannya. Mentor Emas & Kewangan saya kata, "nak untung secupak, tetapi rugi segantang". Nak untung beberapa ringgit, tetapi akhirnya rugi ratusan ringgit.

Selain itu, sementara menunggu masanya tiba, saya sarankan gunakan sebahagian wang yang nak digunakan untuk membeli emas atau silver tersebut kepada pendidikan diri sendiri. Gunakan wang tersebut untuk beli buku, sertai seminar, kelas dan lain-lain yang memberi ilmu tentang emas dan silver. Pesan Mentor Emas & Kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie, mafhumnya: "Bukan emas yang menjadikan kita kaya, tetapi ilmu."


Buku 'Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas' karangan Mahaguru Emas Malaysia, En. Syukor Hashim.

Buku 'Wang Emas Bertahan Ketika Gawat' karangan Mentor Emas & Kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie.


Semoga perkongsian dan penjelasan saya mampu memberi pencerahan dan membantu anda dalam menentukan tindakan yang sesuai bagi anda ketika harga emas atau silver sedang tinggi.

Allāh a`lam.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold

Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold