Posts

Showing posts from September, 2020

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Image
"Apa kelebihan silver berbanding emas? Kenapa Dr. Aizat lebih banyak simpan silver berbanding emas?" Ini antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Maklumlah, antara gelaran saya ialah 'Dr. Silver', jadi mereka bertanya soalan berkaitan silver kepada saya. Secara asasnya, kelebihan silver sebagai simpanan berbanding mata wang fiat sama sahaja dengan kelebihan emas sebagai simpanan berbanding mata wang fiat. Jika emas kalis inflasi dan manipulasi mata wang fiat, silver juga kalis inflasi dan manipulasi mata wang fiat. Jika emas mampu menutup kebocoran kewangan dan mengawal sifat boros berbelanja, silver juga mampu menutup kebocoran kewangan dan mengawal sifat boros berbelanja. Jika emas boleh dijadikan mas kahwin atau hantaran, silver lebih lagilah boleh dijadikan mas kahwin atau hantaran. Namun ada beberapa kelebihan yang silver ada lebih daripada emas. Ini antara kelebihan silver berbanding emas: #1 - Silver Digunakan Sebagai Mata Wang Lebih Meluas Berbanding Ema

Ashhāb al-Kahf & Mata Wang Perak

Image
Kisah ' Ashhāb al-Kahf' (أصحاب الكهف) antara kisah orang terdahulu (قصص السابقين) yang diceritakan dalam al-Qur' ā n, dan termasuk dalam kisah-kisah realistik (القصص الحق) dan perkara ghaib masa lalu (غائب ماض) yang wajib ke atas setiap muslim beriman kepadanya. Antara adegan yang dirakamkan dalam al-Qur' ā n tentang  Ashhāb al-Kahf adalah keadaan selepas mereka dibangkitkan daripada tidur mereka dan penggunaan mata wang perak oleh mereka sebagaimana firman All ā h: وَكَذَ ٰ⁠لِكَ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِیَتَسَاۤءَلُوا۟ بَیۡنَهُمۡۚ قَالَ قَاۤىِٕلࣱ مِّنۡهُمۡ كَمۡ لَبِثۡتُمۡۖ قَالُوا۟ لَبِثۡنَا یَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ یَوۡمࣲۚ قَالُوا۟ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ فَٱبۡعَثُوۤا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِینَةِ فَلۡیَنظُرۡ أَیُّهَاۤ أَزۡكَىٰ طَعَامࣰا فَلۡیَأۡتِكُم بِرِزۡقࣲ مِّنۡهُ وَلۡیَتَلَطَّفۡ وَلَا یُشۡعِرَنَّ بِكُمۡ أَحَدًا ۝  Dan demikianlah Kami telah bangkitkan mereka (daripada tidur mereka), supaya mereka saling bertanya sesama mereka. Salah seorang