Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2025

Simpan Silver: Peluang Paling Mudah, Paling Murah & Paling Pantas Untuk Jadi Pemberi Zakat

Imej
Zakat ialah ibadah mulia yang menghubungkan orang kaya dengan ashnāf zakat. Dengan zakat yang ditunaikan oleh orang kaya, beban kehidupan yang ditanggung oleh ashnāf zakat dapat diringankan. Sabda Rasūl-Allāh: ‏اليد العليا خير من اليد السفلى‏.‏ واليد العليا هي المنفقة، والسفلى هي السائلة‏‏‏‏. Maksudnya: "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas ialah orang yang memberi perbelanjaan (infāq), (tangan) di bawah ialah yang meminta." [ Sumber ] Tahukah anda?! Menyimpan silver ialah cara paling mudah, paling murah dan paling pantas untuk anda menjadi pemberi zakat. Untuk seseorang diwajibkan ke atasnya zakat silver, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, asasnya: nishāb (kuorum) dan hawl (annum). Nishāb (kuorum) ialah berat minima yang apabila dicapai berat tersebut, pengiraan hawl akan bermula. Hawl (annum) pula ialah tempoh 1 tahun qamariy (lunar) penuh. Nishab bagi zakat silver ialah 200 dirham, bersamaan 595 gram. Hawl zakat silver ialah 1 tahun Hijr...

Ramadhān: Bulan Menyimpan & Bersedekah

Imej
Ramadhān merupakan antara bulan yang berlaku banyak sedekah padanya. Hal ini demikian kerana banyak orang akan meningkatkan sedekah dan amalan soleh di bulan yang barakah ini bagi meraih pahala berlipat ganda. Antara bentuk sedekah yang biasa diberikan ialah wang, makanan, minuman dan perkhidmatan (seperti memberi tumpang seseorang secara percuma). Bagi yang MENERIMA SEDEKAH, keadaan ini sebenarnya merupakan suatu PELUANG bagi mereka untuk meningkatkan simpanan kewangan atau memperbanyakkan lagi sedekah. Sebagai contoh, seseorang telah memperuntukkan sejumlah wang untuk berbelanja berbuka puasa. Tiba-tiba, datang seorang dermawan kepadanya dan memberikannya juadah berbuka puasa yang mencukupi. Maka, wang peruntukan berbelanja berbuka tersebut perlu dijadikan simpanan atau disedekahkan kepada orang lain. Amalan ini akan meningkatkan simpanan kewangan seseorang (sekiranya wang tersebut disimpan) atau meningkatkan pahala seseorang (sekiranya wang tersebut disedekahkan kepada orang lain...