Simpan Silver: Peluang Paling Mudah, Paling Murah & Paling Pantas Untuk Jadi Pemberi Zakat

Zakat ialah ibadah mulia yang menghubungkan orang kaya dengan ashnāf zakat. Dengan zakat yang ditunaikan oleh orang kaya, beban kehidupan yang ditanggung oleh ashnāf zakat dapat diringankan.

Sabda Rasūl-Allāh:
‏اليد العليا خير من اليد السفلى‏.‏ واليد العليا هي المنفقة، والسفلى هي السائلة‏‏‏‏.
Maksudnya: "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas ialah orang yang memberi perbelanjaan (infāq), (tangan) di bawah ialah yang meminta."

Tahukah anda?! Menyimpan silver ialah cara paling mudah, paling murah dan paling pantas untuk anda menjadi pemberi zakat.

Untuk seseorang diwajibkan ke atasnya zakat silver, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, asasnya: nishāb (kuorum) dan hawl (annum).

Nishāb (kuorum) ialah berat minima yang apabila dicapai berat tersebut, pengiraan hawl akan bermula. Hawl (annum) pula ialah tempoh 1 tahun qamariy (lunar) penuh.

Nishab bagi zakat silver ialah 200 dirham, bersamaan 595 gram. Hawl zakat silver ialah 1 tahun Hijriy.

Nishāb zakat silver: 200 dirham × 2.975 gram/dirham = 595 gram

Apabila kedua-dua syarat nishāb dan hawl tersebut dipenuhi, maka, barulah diwajibkan zakat ke atas simpanan silver tersebut. Kadar zakat yang dikenakan ialah serendah 2.5% sahaja.


Berdasarkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP), nishāb bagi zakat harta pada tahun 2025 ialah RM29,740. Nishāb zakat harta ini dinilai berdasarkan nilai nishāb zakat emas iaitu 20 dinar (bersamaan 85 gram).

Bagi zakat silver pula, nishābnya ialah 200 dirham (bersamaan 595 gram), dan nilai nishāb zakat silver pada tahun 2025 ialah RM2,466.

Nah! Saksikan! Betapa jauhnya beza nilai nishāb zakat silver berbanding nilai nishāb zakat emas dan zakat harta!

Kata mudahnya, dengan simpanan silver serendah 200 dirham (bersamaan 595 gram) yang senilai RM2,466, anda berkelayakan menjadi pemberi zakat dan berkewajipan menunaikan zakat!

Betapa mudahnya, betapa murahnya, betapa pantasnya anda berkelayakan meraih pahala ibadah wajib dengan simpanan silver anda dan menjadi pemberi zakat silver!

Nasihat saya, letak target kewangan kita untuk menjadi pembayar zakat silver. Nishāb zakat silver ialah nishāb zakat harta yang paling mudah dicapai.

Harga silver sekarang tak sampai RM6.00/gram. Jika kita konsisten simpan silver serendah 25 gram (sekitar RM150) setiap bulan, cukup 2 tahun, kita sudah ada 600 gram (sekitar RM3600), capai nishāb zakat silver.

50 gram/bulan × 12 bulan = 600 gram

RM6.00/gram × 600 gram = RM3600

Antara target kewangan saya ialah saya nak beri zakat silver bernilai 5 kilogram. Jadi, saya kena cukupkan simpanan silver saya 200 kilogram dan disimpan selama 1 tahun qamariy.

100 ÷ 2.5 × 5 kilogram = 200 kilogram

Semoga Allāh merezekikan saya untuk menjayakan target kewangan saya ini. Dan semoga Allāh memberi anda rezeki untuk menjadi pembayar zakat silver.

Nak jadi penyimpan silver dan pemberi zakat silver? Klik sini dan hubungi saya sekarang untuk langkah mudah mulakan simpanan silver pertama anda. Saya akan bimbing anda sebaiknya, in syā’ Allāh.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold

Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold