Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

[Kemas kini 8 Ogos 2020] Menyimpan ialah langkah awal dalam mencapai sekuriti kewangan ( financial security ). Semakin banyak simpanan seseorang, semakin selamat kewangannya. Orang yang berpendapatan sedikit tetapi mempunyai simpanan banyak jauh lebih baik berbanding orang yang berpendapatan banyak tetapi simpanan tiada atau sedikit. Simpanan untuk jangka masa panjang sangat sesuai disimpan dalam aset fizikal seperti emas ( gold , Au) atau perak ( silver , Ag). Hal ini kerana simpanan dalam emas atau silver mempunyai beberapa kelebihan berbanding simpanan dalam mata wang fiat, antaranya: • Emas dan silver kalis inflasi dan krisis mata wang fiat, manakala mata wang fiat terdedah kepada inflasi dan krisis mata wang fiat • Nilai emas dan silver stabil dan terjamin dalam jangka masa panjang, manakala nilai mata wang fiat susut dan tidak terjamin dalam jangka masa panjang • Kekay...