Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold
[Kemas kini 8 Ogos 2020] Menyimpan ialah langkah awal dalam mencapai sekuriti kewangan (financial security). Semakin banyak simpanan seseorang, semakin selamat kewangannya. Orang yang berpendapatan sedikit tetapi mempunyai simpanan banyak jauh lebih baik berbanding orang yang berpendapatan banyak tetapi simpanan tiada atau sedikit.
Simpanan untuk jangka masa panjang sangat sesuai disimpan dalam aset fizikal seperti emas (gold, Au) atau perak (silver, Ag). Hal ini kerana simpanan dalam emas atau silver mempunyai beberapa kelebihan berbanding simpanan dalam mata wang fiat, antaranya:
• Emas dan silver kalis inflasi dan krisis mata wang fiat, manakala mata wang fiat terdedah kepada inflasi dan krisis mata wang fiat
• Nilai emas dan silver stabil dan terjamin dalam jangka masa panjang, manakala nilai mata wang fiat susut dan tidak terjamin dalam jangka masa panjang
• Emas dan silver kalis inflasi dan krisis mata wang fiat, manakala mata wang fiat terdedah kepada inflasi dan krisis mata wang fiat
• Nilai emas dan silver stabil dan terjamin dalam jangka masa panjang, manakala nilai mata wang fiat susut dan tidak terjamin dalam jangka masa panjang
• Kekayaan penyimpan emas atau silver berada
pada pemilikan dirinya sendiri, manakala kekayaan penyimpan mata wang fiat
bergantung pada pengeluar mata wang tersebut
• Naluri manusia cenderung kepada menjadikan emas dan silver
sebagai simpanan, manakala mata wang fiat pula untuk dibelanjakan
• Emas dan silver menutup nafsu berbelanja pada
perkara yang bukan keperluan, manakala mata wang fiat merangsang nafsu
berbelanja pada perkara yang bukan keperluan
Atas sebab-sebab tersebut, simpanan emas atau silver bertahan lebih lama berbanding simpanan mata wang fiat.
Banyak orang ingin membuat simpanan emas sebagai insurans kewangan bagi melindungi nilai kewangan mereka untuk jangka masa panjang. Malangnya, pelbagai halangan ditemui, antaranya:
• Modal minima tinggi yang sukar dicapai bagi penyimpan bermodal rendah
• Risiko berlaku kehilangan,
kecurian atau rompakan sekiranya simpan sendiri
• Upah simpan yang boleh membebankan sekiranya simpan di peti keselamatan
• Skim simpanan yang tidak
patuh syariah sekiranya simpan di sebahagian institusi
Janganlah risau dan bertenanglah! Public Gold ada penyelesaiannya! Dengan Gold Accumulation Program (GAP), masalah-masalah tersebut dapat diatasi, in syā’ Allāh.
PENGENALAN KEPADA GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)
Gold Accumulation Program (GAP)(Bahasa Melayu: Program Pengumpulan Emas)
ialah suatu program yang dijalankan oleh Public Gold bagi memudahkan khalayak
untuk membuat simpanan emas dengan modal minima serendah RM100. Program ini
disokong 100% oleh emas fizikal berketulenan Au999.9 (24 karat, 24K) yang
diiktiraf oleh London
Bullion Market Association (LBMA). Pembeli boleh
mengeluarkan emas yang telah dikumpul dalam akaun GAP ke dalam bentuk item emas
fizikal di mana-mana cawangan Public Gold. GAP disahkan patuh syariah oleh
Amanie Advisors Sdn. Bhd.
CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN GAP
Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan GAP:
• Disokong 100% oleh emas fizikal berketulenan Au999.9
• Pengumpulan emas fizikal berketulenan Au999.9 dalam
berat gram sehingga 4 titik perpuluhan
• Pembelian minima serendah RM100
• Pembelian ditukarkan kepada gram emas yang setimpal sehingga
4 titik perpuluhan mengikut harga semasa
• Tiada upah simpan dikenakan
• Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram emas fizikal
berketulenan Au999.9
• Pembelian boleh dilakukan secara atas talian (online)
• Arahan tetap bulanan disediakan
• Akaun bersama (joint account) antara ibu bapa
dengan anak disediakan
• Penyata akaun (account statement) disediakan
dan boleh dilihat secara atas talian (online)
Disokong
100% oleh Emas Fizikal Berketulenan Au999.9: Simpanan
anda dalam GAP disokong 100% oleh emas fizikal berketulenan Au999.9 (24 karat,
24K), ketulenan emas berpiawai tinggi di Malaysia. Anda menyimpan dalam GAP,
anda memang menyimpan emas! Simpanan emas anda dijamin oleh Public Gold. Dengan
ciri ini, permasalahan berkaitan risiko berlaku kehilangan, kecurian atau
rompakan sekiranya simpan sendiri dapat dielakkan.
Pengumpulan
Emas Fizikal Berketulenan Au999.9 dalam Berat Gram sehingga 4 Titik Perpuluhan: Simpanan emas anda dalam akaun GAP dicatat dalam unit berat gram dengan
sensitiviti setinggi 4 titik perpuluhan (contoh: 0.6667 gram).
Pembelian
Minima Serendah RM100: Anda boleh membeli dan menyimpan emas dengan modal
minima serendah RM100. Dengan kelebihan ini, permasalahan berkaitan modal
minima tinggi yang sukar dicapai bagi penyimpan bermodal rendah dapat diatasi.
Pembelian
Ditukarkan kepada Gram Emas Yang Setimpal sehingga 4 Titik Perpuluhan Mengikut Harga
Semasa: Mata wang anda ditukarkan semaksima mungkin kepada
gram emas mengikut harga semasa sehingga 4 titik perpuluhan. Ciri ini pastinya
memaksimakan nilai mata wang anda. Sebagai contoh, jika harga semasa GAP ialah
RM150/gram dan anda beli sebanyak RM100, anda akan dapati 0.6667 gram emas tercatat
dalam akaun GAP anda.
Tiada Upah
Simpan Dikenakan: Selagimana anda tidak keluarkan (withdraw)
emas simpanan anda daripada akaun GAP anda, tiada upah simpan dikenakan. Anda
boleh biar emas simpanan anda dalam akaun GAP anda tersimpan seberapa lama yang
anda mahu. Dengan kelebihan ini, permasalahan berkaitan upah simpan yang boleh
membebankan sekiranya simpan di peti keselamatan dapat diatasi.
Pengeluaran
Sekurang-Kurangnya 1 Gram Emas Fizikal Berketulenan Au999.9: Anda boleh keluarkan emas simpanan anda dalam akaun GAP anda ke dalam
bentuk item emas fizikal serendah 1 gram. GAP ialah kaedah patuh syariah
terbaik, termurah dan termudah bagi anda untuk mendapatkan emas berketulenan
Au999.9 bertaraf antarabangsa serendah 1 gram di Malaysia.
Pembelian
Boleh Dilakukan Secara Atas Talian (Online): Anda boleh lakukan pembelian secara atas talian (online) di
mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Ini semestinya akan memudahkan urusan pembelian
anda.
Arahan Tetap
Bulanan Disediakan: Jika anda seorang pelupa dan inginkan sistem
menguruskan pembelian dan simpanan anda, anda boleh buat arahan tetap bulanan.
Pada hari bulan yang telah anda tetapkan, sistem akan secara automatik membuat
pembelian dan anda akan secara automatik menyimpan emas pada setiap bulan
apabila tiba hari bulan yang anda telah tetapkan itu.
Akaun Bersama
(Joint Account) antara Ibu Bapa dengan Anak Disediakan: Jika anda ialah ibu bapa yang mempunyai anak berumur bawah 18 tahun dan
ingin membuat simpanan emas untuk anak anda, anda boleh buat akaun bersama (joint
account) GAP antara anda dengan anak anda.
Penyata Akaun (Account
Statement) Disediakan dan Boleh Disemak Secara Atas Talian (Online): Anda boleh semak transaksi pembelian (purchase),
pengeluaran (withdraw), baki akaun (account balance) atau sejarah
transaksi (transaction history) secara atas talian (online).
Dengan kelebihan ini, anda tidak perlu bersusah payah menjadi atau melantik
akauntan untuk menguruskan akaun GAP anda.
PRINSIP SYARIAH DALAM GAP
Pembeli membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan (transfer)
sejumlah mata wang ke akaun bank Public Gold. Ketika memindahkan mata wang
tersebut, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit).
Gram emas yang dibeli oleh pembeli akan dicatatkan di penyata akaun (account
statement) GAP pembeli. Setelah transaksi pembelian gram emas tersebut
diluluskan (approved) dan dipastikan (confirmed), gram emas
tersebut akan dimasukkan ke dalam baki akaun (account balance) GAP
pembeli dan pemilikan gram emas tersebut berpindah daripada Public Gold kepada
pembeli secara pemilikan konstruktif (constructive possession). Kontrak
jual-beli termeterai secara sah.
Gram emas milik pembeli dalam akaun GAP pembeli disimpan dan dijamin oleh
Public Gold selagimana pembeli tidak mengeluarkan emasnya ke dalam bentuk item
emas fizikal melalui kontrak simpanan beserta jaminan.
Apabila pembeli mengeluarkan emas simpanannya dalam akaun GAP ke dalam
bentuk item emas fizikal, barulah pemilikan konstruktif (constructive
possession) tersebut bertukar kepada pemilikan sebenar (actual
possession).
Maka,
permasalahan berkaitan skim simpanan yang tidak patuh syariah dapat dicegah.
![]() |
Sijil pengesahan patuh syariah Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold oleh Amanie Advisors |
Nak faham lebih lanjut tentang konsep asas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold, jemput baca karangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sini.
GOLD ACCUMULATION
PROGRAM (GAP) & INTERNET BANKING
Cara mudah untuk
faham fungsi GAP adalah dengan mengkaitkannya dengan perbankan internet (internet
banking). Antara persamaan GAP dengan perbankan internet (internet
banking):
•
Simpanan atas talian (online saving)
•
Keluarkan simpanan (withdraw)
•
Beli-belah atas talian (online
shopping)
Simpanan Atas Talian
(Online Saving): Sebagaimana kita simpan mata wang Ringgit Malaysia (RM) di
bank dan ringgit simpanan tersebut boleh dipantau dan diuruskan melalui internet
banking secara atas talian (online), begitu juga GAP. Kita simpan gram
emas di Public Gold dan gram emas simpanan tersebut boleh dipantau dan
diuruskan secara atas talian (online) melalui GAP di tapak web (website)
Public Gold.
Keluarkan Simpanan (Withdraw): Sebagaimana kita boleh keluarkan mata wang ringgit
simpanan kita di bank kepada nota bank (banknote), begitu juga kita
boleh keluarkan gram emas simpanan kita di GAP kepada bentuk item emas fizikal
di mana-mana cawangan Public Gold.
Beli-Belah Atas
Talian (Online Shopping): Sebagaimana kita boleh gunakan mata wang ringgit simpanan
kita untuk beli-belah atas talian (online shopping), begitu juga kita
boleh gunakan gram emas simpanan kita untuk beli-belah atas talian (online
shopping) di PG Mall (www.pgmall.my).
DENGAN EMAS SIMPANAN
GAP, ANDA BOLEH…
Dengan emas simpanan
GAP, anda boleh lakukan perkara berikut:
•
Keluarkan (withdraw) item emas fizikal
seperti wafer, dinar atau jongkong.
•
Jual-balik (sellback) emas tersebut untuk dapatkan
Ringgit Malaysia (RM).
•
Beli-belah atas talian (online shopping) di PG Mall.
•
Gadaikan (pawn) emas tersebut untuk
mendapatkan pinjaman kewangan.
Keluarkan (Withdraw): Daripada emas
simpanan GAP anda, anda boleh keluarkan (withdraw) item emas fizikal
seperti wafer, dinar atau jongkong. Hanya pemilik akaun GAP sahaja boleh
keluarkan item emas fizikal daripada akaun GAPnya. Maksudnya, hanya anda sahaja
yang boleh keluarkan item emas fizikal daripada akaun GAP anda. Anda diwajibkan
untuk datang ke cawangan Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php/branch) dan bawa kad
pengenalan diri sendiri. Caj premium dikenakan dan wajib dibayar secara tunai. Jumlah
caj premium berbeza mengikut item yang dikeluarkan.
Jual-Balik (Sellback): Selain itu, anda
boleh juga jual-balik (sellback) emas tersebut untuk mendapatkan Ringgit
Malaysia (RM). Anda boleh lakukannya secara atas talian (online) tanpa
perlu datang ke cawangan Public Gold. Urusan jual-balik (sellback) anda
lebih mudah kerana emas anda sudah tersedia dalam GAP. Public Gold akan masukkan
(bank in) ke akaun bank anda dalam masa 24 jam.
Beli-Belah Atas
Talian (Online Shopping): Dengan emas simpanan GAP, anda tidak perlu
risau dengan sangkaan kewangan anda beku, tidak boleh digunakan apabila
menyimpan emas dengan GAP. Anda boleh gunakan emas simpanan GAP tersebut untuk
beli-belah atas talian (online shopping) di PG Mall (www.pgmall.my) barang atau
perkhidmatan yang anda inginkan. In sya’ Allah, barang atau perkhidmatan
yang anda inginkan ada di PG Mall.
Gadai (Pawn): Jika anda perlukan
pinjaman kewangan, anda boleh gadaikan (pawn) emas simpanan GAP anda
untuk mendapatkan pinjaman kewangan. Upah simpan dikenakan. Anda sebaiknya
datang ke cawangan Public Gold untuk menandatangani borang akuan gadaian.
Konsepnya sama dengan konsep ar-Rahnu di Malaysia, cuma urusannya lebih
mudah kerana anda tidak perlu bawa emas anda ke cawangan Public Gold. Anda
hanya perlu datang ke cawangan Public Gold.
SIAPAKAH YANG SESUAI
MEMBELI EMAS SECARA GAP?
Sesiapa sahaja boleh
membeli emas secara GAP. Cuma golongan berikut sangat sesuai dan digalakkan membeli
emas secara GAP, dan menjadikan GAP sebagai kaedah utama pembelian emas:
•
Orang yang mempunyai modal kecil untuk
membeli emas
•
Orang yang tiada modal cukup untuk
membeli suatu item emas secara sekaligus
•
Orang yang ingin membeli emas tetapi
ada isu berkaitan tempat simpanan
•
Orang yang bermukim di luar negara
•
Orang yang ingin mengalih atau
mempelbagai simpanan kewangan kepada simpanan emas dalam akaun
Orang yang mempunyai
modal kecil untuk membeli emas: Dengan GAP, anda boleh menyimpan emas
dengan modal serendah RM100. Sudahlah modal minimanya mampu capai, tiada upah
simpan dikenakan pula.
Orang yang tiada
modal cukup untuk membeli suatu item emas secara sekaligus: Jika anda berazam
untuk beli suatu item emas, tetapi modal semasa anda tidak cukup untuk beli
sekaligus, anda boleh beli item tersebut secara GAP. Anda kumpul gram emas
sedikit demi sedikit dalam akaun GAP sehingga capai gram yang anda inginkan,
kemudian anda keluarkan gram emas tersebut dalam bentuk item emas yang anda
impikan.
Orang yang ingin
membeli emas tetapi ada isu berkaitan tempat simpanan emas: Jika anda tidak
tenang dan risau fikirkan masalah berkaitan tempat simpanan emas anda seperti
keselamatan, kos dan kecapaian, maka GAP sangat sesuai untuk anda. Apabila anda
beli gram emas secara GAP, Public Gold akan tolong simpankan dan jamin gram
emas anda tanpa sebarang kos atau yuran simpanan sehinggalah anda sendiri
keluarkan emas simpanan tersebut. Anda juga boleh keluarkan gram emas simpanan
anda tersebut di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
Orang yang bermukim
di luar negara:
Jika anda berada di luar negara untuk suatu tempoh (sama ada atas apa-apa
urusan seperti pekerjaan, pengajian atau pelancongan) dan akan kembali ke
Malaysia pada masa akan datang, anda digalakkan beli dan simpan emas secara
GAP. Apabila anda pulang ke Malaysia, anda boleh keluarkan emas yang anda
kumpul sekian lama dalam akaun GAP anda.
Orang yang ingin
mengalihkan atau mempelbagaikan (diversify) portfolio simpanan kewangan: Jika anda ingin
alihkan atau pelbagaikan (diversify) portfolio simpanan kewangan anda,
saya syorkan anda pertimbangkan GAP sebagai salah satu tempat anda alihkan atau
pelbagaikan portfolio simpanan kewangan anda.
PANDUAN PEMBUKAAN AKAUN GAP
Jika anda ingin buka akaun GAP untuk KALI PERTAMA,
anda hanya perlu BELI GRAM EMAS walau serendah RM100 atau seberapa banyak yang anda
mahu. Ikut langkah berikut:
1 –
Rujuk Harga Emas GAP
Rujuk harga emas GAP
yang dipaparkan di tapak web (website) Public Gold (www.publicgold.com.my). Harga dikemas kini (update)
sehari sekali pada pukul 12:00 tengah malam waktu Malaysia (GMT+8 0000).
![]() | |
|
2 –
Buat Pembayaran ke
Akaun Bank Public Gold
Langkah ini ialah
langkah yang PALING UTAMA dan PALING PENTING! Harga emas GAP yang anda beli
dirujuk pada masa anda masukkan (bank in) mata wang ke akaun bank Public
Gold.
Masukkan (bank in)
mata wang ke akaun bank Public Gold, sama ada secara perbankan internet (internet
banking) atau deposit tunai (cash deposit). Anda boleh masukkan (bank
in) seberapa banyak yang anda mahu, asalkan nilainya lebih atau bersamaan
RM100 (≥RM100).
Contoh 1: Jika anda
ingin buka akaun GAP dengan nilai 5 gram emas dan harga emas GAP pada hari itu
ialah RM198/gram, anda boleh terus masukkan (bank in) RM990 ke akaun
bank Public Gold.
5 gram × RM198/gram = RM990
Contoh 2: Jika anda
ingin buka akaun GAP dengan nilai RM132 dan harga emas GAP pada hari itu ialah
RM198/gram, anda akan dapat 0.6667 gram emas dalam akaun GAP anda.
RM132 ÷ RM198/gram = 0.6667 gram
Berikut
ialah maklumat akaun bank Public Gold:
Bank
|
Malayan Banking Berhad
(Maybank)
|
Public Bank Berhad
|
Nombor Akaun
|
557139238048
|
3167-52-0833
|
Penama Akaun
|
Public Gold
Marketing Sdn. Bhd.
|
Public Gold
Marketing Sdn. Bhd.
|
Saya syorkan anda set
(tetapkan) akaun bank Public Gold tersebut sebagai akaun kegemaran (favourite
account) anda bagi memudahkan urusan anda pada masa hadapan.
Jika anda gunakan
perbankan internet (internet banking) bank lain, anda boleh gunakan
perkhidmatan Giro Antara Bank (Interbank
Giro (IBG)) atau Pindahan Segera (Instant Transfer). Jika anda buat deposit
tunai (cash deposit), pastikan anda dapat resit transaksi (transaction
receipt) sebagai bukti.
3 –
Beri Butiran
Pembayaran dan Maklumat Diri kepada Public Gold
Selepas anda buat
pembayaran, beri butiran pembayaran dan maklumat diri anda kepada Public Gold
melalui WhatsApp atau e-mail. Jika anda buat pembayaran guna perbankan internet
(internet banking), muat turun (download) atau tangkap layar (screen
shot) resit transaksi (transaction receipt) tersebut. Manakala jika
anda buat pembayaran guna deposit tunai (cash deposit), ambil gambar
resit transaksi (transaction receipt) tersebut.
Nombor
WhatsApp Public Gold Bahagian GAP: +60174866916
Alamat e-mail Public Gold Bahagian GAP: gap@publicgold.com.my
|
Beri
maklumat dan butiran berikut:
A)
Nama Penuh:
B)
Nombor Kad Pengenalan:
C)
Nombor Telefon:
D)
E-Mail:
E)
Jumlah Pembayaran:
F)
Tarikh Pembayaran:
G)
Masa Pembayaran:
H) Alamat
I) Introducer: PG00058255 Aizat Arif Bin Jamalullail
I) Introducer: PG00058255 Aizat Arif Bin Jamalullail
Sertakan sekali resit
transaksi (transaction receipt) untuk Public Gold sahkan pembayaran. Simpan
resit transaksi (transaction receipt) tersebut baik-baik untuk rujukan
masa hadapan.
4 –
Semak Penyata Akaun
GAP
Tunggu Public Gold
proses pembukaan akaun GAP anda dalam masa 2 HARI BEKERJA.
Apabila sudah dapat e-mail
berkaitan PG Code daripada Public Gold, pergi ke tapak web (website)
Public Gold kemudian log masuk (log in) ke akaun GAP anda untuk semak
Penyata Akaun GAP. Gunakan nombor kad pengenalan 12 digit sebagai kata laluan (password).
Ingat PG Code anda,
kerana setiap urusan dengan Public Gold akan menggunakan PG Code sebagai
rujukan.
Kalau masih belum terima juga e-mail tersebut selepas 2 hari
bekerja, maklum saya untuk saya buat tindakan susulan (follow up) dengan
Public Gold.
PANDUAN KELUARKAN (WITHDRAW)
ITEM EMAS FIZIKAL DARIPADA AKAUN GAP
Untuk
keluarkan (withdraw) item emas fizikal daripada akaun GAP, ikut langkah berikut:
1 –
Hubungi dan maklum cawangan Public Gold
yang ingin dipergi sebelum datang. Rujuk alamat dan nombor telefon di https://publicgold.com.my/index.php/branch.
2 –
Tanya berkaitan kesediaan stok item
yang ingin dikeluarkan. Ambil nama staf Public Gold yang dihubungi bagi
memudahkan rujukan dan tindakan susulan (follow up). Sekiranya stok ada,
minta staf Public Gold tersebut simpankan untuk anda.
Sekiranya stok tiada,
pilih antara berikut:
A)
Tunggu sehingga stok tiba dan tersedia
di cawangan tersebut.
B)
Tukar dan pilih item lain yang
tersedia ada di cawangan tersebut.
C)
Rujuk cawangan Public Gold lain berkaitan
kesediaan stok mereka.
![]() |
Anda boleh keluarkan item wafer atau jongkong emas berketulenan Au999.9 diiktiraf LBMA seberat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram atau 1000 gram (1 kilogram). |
![]() |
Design baharu wafer dan jongkong emas edisi LBMA ini boleh dikeluarkan melalui GAP |
Bagi item wafer emas 1 gram, pelbagai tema menarik anda boleh keluarkan.
Selain jongkong emas LBMA, anda juga boleh
keluarkan jongkong emas edisi BungaMas dan Tai Fook. Jongkong emas edisi
BungaMas atau Tai Fook ini seberat 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.
![]() |
Untuk jongkong emas edisi BungaMas, hadapannya bercorak bunga, manakala belakangnya bercorak songket. |
![]() |
Untuk jongkong emas edisi Tai Fook, hadapannya bercorak tulisan ‘大福 (Tai Fook)’, manakala belakangnya bercorak naga dan bebola. |
![]() |
Kini anda juga boleh keluarkan jongkong emas edisi BungaMas dan Tai Fook daripada GAP |
![]() |
Anda juga boleh keluarkan item dinar.berketulenan Au999.9 diiktiraf LBMA seberat ½ dinar (2.125 gram), 1 dinar (4.25 gram), 5 dinar (21.25 gram) atau 10 dinar (42.5 gram). |
3 –
Datang ke cawangan Public Gold
tersebut. Tunjuk kad pengenalan dan bayar caj premium.
![]() |
Jadual premium produk. Semakin besar item yang dikeluarkan, semakin murah premium pergram item tersebut. Contohnya, jika anda ingin keluarkan 5 gram daripada akaun GAP anda, dengan pengeluaran 5 wafer emas 1 gram, anda perlu bayar premium keseluruhan RM50, berbanding dengan pengeluaran 1 wafer emas 5 gram, anda hanya perlu bayar premium keseluruhan RM10 sahaja.
Premium 5 wafer emas 1 gram: RM10/item × 5 item = RM50
Premium 1 wafer emas 5 gram: RM10/item × 1 item = RM10 |
MAKLUMAN: Anda boleh
keluarkan gram emas anda dalam akaun GAP anda kesemuanya atau sehingga
bakinya bawah daripada 1 gram. Cuma, jika anda berbuat sedemikian, akaun GAP
anda akan dianggap tidak aktif dan ditutup. Jika anda ingin aktifkan atau buka
semula akaun GAP anda, caj pengaktifan atau pembukaan semula dikenakan.
Cadangan saya, sebaiknya anda kekalkan baki gram emas dalam akaun GAP anda
walau serendah 1 gram bagi mengekalkan akaun GAP anda aktif dan membolehkan
anda berurusan menggunakan akaun GAP anda pada masa hadapan tanpa sebarang caj
dikenakan.
Selain datang ke cawangan Public Gold untuk keluarkan (withdraw) item emas fizikal daripada akaun GAP anda, anda juga boleh minta Public Gold tolong poskan emas tersebut ke rumah atau pejabat anda. Perkhidmatan pos berinsurans ini dinamakan Gold In Transit (GIT). Cuma perkhidmatan ini terhad untuk emas berharga RM5,000 ke bawah sahaja.
![]() |
Untuk panduan berkaitan GIT, klik sini. |
Inilah secara ringkas pembelian emas melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. Semoga dengan penerangan ringkas ini, dapat membantu anda membuat simpanan emas dengan mudah, murah, selamat dan patuh syariah.
Ulasan
Catat Ulasan