Melabur dalam Diri Sendiri Dahulu!!!


Antara cara menggandakan kekayaan adalah dengan pelaburan. Terdapat pelbagai tempat untuk melabur, setiap satu daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Antara ciri utama pelaburan patuh syariah ialah pelaburan tersebut WAJIB terdedah kepada risiko kerugian. Bukanlah pelaburan kalau tiada risiko kerugian, bahkan 'pelaburan' yang menjamin keuntungan sebenarnya ialah pinjaman beserta riba yang jelas HARAM hukumnya dan tidak patuh syariah.


Dalam pelaburan, kerugian ialah sesuatu yang pasti, sedangkan keuntungan ialah sesuatu yang belum pasti. Untuk mengatasi kerugian yang telah dipastikan, kemudian mendapat keuntungan yang dipotensikan, ilmu yang sepatutnya perlu diketahui dan diamalkan. Untuk mendapat ilmu yang sepatutnya, tidak boleh tidak seseorang pelabur perlu melabur dalam pendidikan yang sepatutnya untuk dirinya sendiri dahulu.

Hal ini bagi mengelakkan seseorang pelabur terpaksa menghadapi kerugian disebabkan kejahilannya dalam pelaburan yang dia ceburi. Pakar-pakar pelaburan sering menggelarkan kos kerugian ini sebagai 'yuran kebodohan'. Keterdedahan seseorang pelabur kepada 'yuran kebodohan' berkait dengan ilmu tentang pelaburan yang dia ceburi. Semakin sedikit ilmunya, semakin besar keterdedahannya. Suatu kesalahan besar dalam pelaburan sekiranya seseorang pelabur melabur tanpa ilmu yang sepatutnya.


Contohnya, bagi seorang pelabur emas peroleh keuntungan hasil pelaburan emasnya, tidak boleh tidak dia perlu berilmu tentang pelaburan emas dan bertindak berdasarkan ilmu pelaburan emas tersebut. Begitu juga bagi seorang pelabur hartanah peroleh keuntungan hasil pelaburan hartanahnya, tidak boleh tidak dia perlu berilmu tentang pelaburan hartanah dan bertindak berdasarkan ilmu pelaburan hartanah tersebut.


Pesan Mentor Emas dan Kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie: "Emas sahaja tidak membuatkan kita kaya, tetapi ilmu."

Mentor Emas dan Kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie pernah berpesan mafhumnya, sebenarnya banyak orang akan jadi lebih kaya jika mereka tidak 'melabur', dan banyak orang jadi miskin kerana mereka 'melabur'. Mereka melabur kerana mereka ingin cepat kaya, sebaliknya mereka jadi semakin miskin. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan orang melabur tanpa ilmu, yang mengakibatkan mereka tersontot dengan skim cepat kaya.

Kajilah berkaitan pelaburan yang ingin diceburi, bergurulah dengan AHLI pelaburan tersebut, walaupun perlu mengeluarkan perbelanjaan yang dianggap besar. Biarlah wang dihabiskan pada menuntut ilmu yang mampu membimbing diri dalam pelaburan tersebut; jangan wang dihabiskan terpaksa membayar 'yuran kebodohan' akibat diri yang kedekut dan berkira dengan ilmu yang sepatutnya. Kebiasaannya, 'yuran kebodohan' lebih mahal daripada perbelanjaan pada menuntut ilmu tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold

Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold