Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold

"EPP ni patuh syariah ke? Bukan ke tak boleh bayar secara ansuran dalam jual-beli emas (dan silver)?"

"Eh? Macam mana EPP ni boleh disahkan patuh syariah? Bayar secara ansuran dan ada unsur penangguhan. Wallahi haram!"

"Apa ni, doktor?! Mempromosi riba! Doktor nak Allah isytihar perang ke atas doktor ke?! Doktor tahu tak dosa riba ni sama macam berzina dengan ibu kandung sendiri sebanyak 40 kali?!"

...Dan pelbagai lagi soalan dan reaksi yang sering saya terima apabila saya promosikan dan cadangkan kepada orang untuk membuat pembelian emas atau silver Public Gold secara Easy Payment Purchase (EPP). Dalam kalangan mereka, ada yang alim, ada yang mengaji fiqh muamalat, dan ada juga yang bertaqlid.


PENGENALAN KEPADA EASY PAYMENT PURCHASE (EPP)

Easy Payment Purchase (EPP) ialah kaedah pembelian item emas atau silver Public Gold secara deposit sekuriti dalam beberapa tempoh waktu yang ditetapkan. Secara asasnya, EPP ini ialah kaedah pembelian secara deposit sekuriti (dalam istilah Fiqh Muamalat dikenali sebagai hāmisy jiddiyyah).

Menurut Glosari Muamalat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hāmisy jiddiyyah (هامش جدية) ditakrifkan sebagai "jumlah bayaran yang dikemukakan oleh pihak pemohon atau pembeli kepada pihak penjual berdasarkan permintaan bayaran daripada pihak penjual yang memastikan kesungguhan pemohon atau pembeli dalam sesuatu urusniaga jual beli".



CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN EPP


       Tawaran bagi item serendah emas 1 dinar (4.25 gram) atau silver 250 gram, ke atas
       Tempoh asas deposit sekuriti selama 4 bulan bagi semua item
      Tawaran tempoh deposit sekuriti selama 10 bulan bagi item emas 10 dinar (42.5 gram) ke atas
       Ada premium tambahan (EPP Premium) berbeza-beza mengikut item
       Item boleh dituntut apabila selesai bayaran keseluruhan harga item


Senarai premium tambahan (EPP Premium) bagi pembelian secara EPP

PRINSIP SYARIAH DALAM EPP

Pembeli membuat tempahan (place order) item emas atau silver yang ingin dibeli dengan cara mengunci harga (lock price) emas atau silver tersebut dan membuat bayaran deposit sekuriti kepada Public Gold. Sepanjang tempoh pembayaran deposit sekuriti, item emas atau silver yang ditempah tersebut akan disediakan dan disimpan oleh Public Gold. Selepas selesai pembayaran keseluruhan harga item emas atau silver tersebut, barulah pembeli boleh dapatkan item emas atau silver tersebut.


"Apa beza deposit sekuriti dengan ansuran? Macam sama je."

Dalam deposit sekuriti, kontrak jual-beli tidak terlaksana sebelum keseluruhan harga barang selesai dibayar, manakala dalam ansuran, kontrak jual-beli telah terlaksana sebaik sahaja bayaran ansuran pertama dibuat.

Maksudnya, dalam deposit sekuriti, pertukaran pemilikan masih tidak berlaku. Barang yang ingin dibeli masih milik penjual, dan wang yang dibayar masih milik  pemohon (bakal pembeli). Wang yang pemohon beri kepada penjual hanyalah sebagai jaminan kesungguhan pemohon untuk membeli barang tersebut.


Berbeza dengan ansuran. Dalam ansuran, pertukaran pemilikan telah berlaku. Barang tersebut telah menjadi milik pembeli, dan wang tersebut telah jadi milik penjual, walaupun bayaran harga keseluruhan barang tersebut masih belum dilangsaikan.


Jadi, riba pada jual-beli emas atau silver secara tangguh tidak berlaku dalam EPP, kerana EPP ialah deposit sekuriti (hāmisy jiddiyyah, هامش جدية) dan bukan jual-beli secara ansuran (bay` taqsīth, بيع تقسيط).

Easy Payment Purchase (EPP) disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors.

Nak faham lebih lanjut tentang konsep asas Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold, jemput baca karangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di sini.

Selain itu, boleh baca juga penjelasan Mentor Emas dan Kewangan saya, En. Mohd Zulkifli Shafie di www.mohdzulkifli.com/epp


SIAPAKAH YANG SESUAI MEMBELI EMAS SECARA EPP?

Cara pembelian ini sangat sesuai bagi:
       Orang yang tiada modal cukup untuk membeli suatu item emas atau silver secara tunai dengan bayaran harga keseluruhan
       Orang yang mempunyai modal bulanan untuk menyimpan emas atau silver
       Orang yang ingin disiplinkan diri membuat simpanan secara bulanan dalam emas atau silver


SIMPANAN TERPAKSA (FORCED SAVING) & TERPAKSA KAYA


Jadi, pembelian secara EPP ini seolah-olah kita membuat perjanjian dengan Public Gold agar kita membuat suatu jumlah simpanan dalam masa beberapa tempoh waktu yang ditetapkan. Seolah-olah kita memaksa diri kita menyimpan dan menjadi kaya. Lebih baik paksa diri jadi kaya berbanding relakan diri jadi miskin, kan?



BERITA BAIK!!! PROMOSI ISTIMEWA HINGGA 12/01/2020!!!
Dengan pembelian 30 gram BungaMas atau 50 gram BungaMas dalam 1 invois secara EPP10, anda berkelayakan jadi Dealer atau Priority Dealer Public Gold melalui Gold Rush Promotion. Syarat kelayakan asal tanpa promosi ialah pembelian 200 gram emas bagi Dealer atau 500 gram emas bagi Priority Dealer dalam 1 invois, anda jimat 170 gram emas atau 450 gram emas dengan promosi ini.


Inilah secara ringkas pembelian item emas atau silver secara Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold. Semoga dengan penerangan ringkas ini, dapat membantu anda membuat simpanan emas atau silver dengan mudah, murah, selamat dan patuh syariah.


Jika ada apa-apa persoalan atau masih kurang jelas, boleh hubungi saya bila-bila masa di nombor berhubung saya +201148477262 (WhatsApp/Telegram/SMS/Call) atau mana-mana media sosial saya (Facebook/Instagram/Twitter). in syā’ Allāh, saya akan bimbing dan bantu berdasarkan ilmu saya.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold