Kriteria Emas atau Perak Simpanan atau Pelaburan Terbaik

"Doktor! Perkara apa yang perlu saya nilai untuk tahu suatu produk emas (atau silver) suatu syarikat sesuai dijadikan sebagai simpanan kewangan atau pelaburan?"

"Emas (atau silver) X daripada syarikat Y ni sesuai tak kalau saya nak beli untuk dijadikan simpanan kewangan atau pelaburan?"

"Aku nak beli emas (atau silver) untuk dijadikan simpanan kewangan atau pelaburan. Perkara apa yang perlu aku ambil kira?"

"Aizat! Kenapa kau pilih menyimpan emas dan silver dengan Public Gold?"

Soalan-soalan tersebut antara soalan yang sering diajukan kepada saya apabila saya ajak orang simpan emas dan silver dengan Public Gold. Dalam kalangan mereka yang bertanya, ada yang tidak pernah simpan emas atau silver, ada juga yang pernah simpan.

Produk emas dan silver dalam pasaran di Malaysia tersangatlah banyak dan pelbagai: daripada sekecil dan seringan wafer 0.5 gram, sehinggalah sebesar dan seberat jongkong 5 kilogram; daripada bentuk seringkas wafer, jongkong atau syiling, sehinggalah bentuk sekompleks barang kemas.

Namun, bukan semua emas atau silver sesuai dijadikan simpanan kewangan atau pelaburan. Sebahagian produk emas atau silver memang sangat baik dan sesuai dijadikan simpanan kewangan atau pelaburan; manakala sebahagian yang lain tidak.

Perkara yang pasti, item perhiasan atau barang kemas (seperti rantai, gelang, cincin) tidak sesuai dijadikan sebagai simpanan kewangan atau pelaburan. Untuk tujuan simpanan kewangan atau pelaburan, hanya item simpanan atau pelaburan (seperti jongkong, syiling) sahaja sesuai. Boleh baca perbezaan antara item perhiasan dengan item simpanan atau pelaburan di artikel berikut: Item Simpanan/Pelaburan VS Item Perhiasan.



NILAI KRITERIA SECARA PAKEJ

Untuk mengetahui sama ada suatu produk emas atau silver suatu syarikat baik dan sesuai dijadikan simpanan kewangan atau pelaburan atau tidak, ada beberapa kriteria yang perlu dinilai. Sebagaimana untuk kahwini seseorang perempuan, ada beberapa kriteria yang perlu dinilai. Kriteria-kriteria tersebut perlulah DINILAI SECARA PAKEJ, bukan hanya menilai sebahagian kriteria dan mengabaikan sebahagian kriteria yang lain.

Dalam suatu hadīts riwayat Ma`qil ibn Yasār, mafhumnya, seorang lelaki datang kepada Rasūl-Allāh lalu berkata:

"Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh memperisterinya?" Rasūl-Allāh bersabda: “Jangan.” Kemudian lelaki tersebut datang kepada baginda buat kali kedua maka baginda melarangnya. Kemudian lelaki tersebut datang kepada baginda buat kali ketiga, maka baginda melarangnya, lalu baginda bersabda: “Kahwinilah kalian akan wanita yang subur, penyayang, kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.”"

Daripada hadīts tersebut, Rasūl-Allāh menuntut dan menyarankan agar kita mengambil kira dan menilai kesemua kriteria penting untuk memilih bakal isteri. Rasūl-Allāh menyuruh kita membuat pertimbangan secara pakej, bukan hanya pertimbang sebahagian kriteria sahaja tetapi mengabaikan sebahagian yang lain. Rasūl-Allāh juga menuntut dan menyarankan agar kita mengutamakan tujuan utama sesuatu perkara dilakukan.


KRITERIA PENTING EMAS/PERAK SIMPANAN/PELABURAN TERBAIK

Asasnya, ada 5 kriteria penting yang WAJIB disemak untuk menilai sama ada suatu produk emas atau silver suatu syarikat baik dan sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan:

1 –  Harga Pergram Murah
2 –  Spread (Selisih Harga) Rendah
3 –  Stok Tiada Had
4 –  Prosedur Jual-Beli Mudah
5 –  Cawangan Jual-Beli Banyak

Jangan main beli sahaja sebelum semak 5 kriteria penting ini! Dan jangan hanya perhati kepada sebahagian kriteria sahaja! Berdasarkan pengalaman saya sejak 2015, produk emas atau silver paling murah tak semestinya paling baik. Samalah seperti nak pilih bakal isteri - perempuan paling cantik tak semestinya calon paling baik.


1 –  Harga Jualan Pergram Murah

Sebelum beli apa-apa produk emas atau silver daripada mana-mana syarikat emas atau silver, banci dan semak dahulu harga jualan sekurang-kurangnya daripada 3 syarikat emas atau silver berlainan. Semakin rendah harga jualan pergram suatu produk emas atau silver, semakin banyak gram emas atau silver yang boleh didapati dengan sejumlah wang yang sama nilainya.

"Macam mana nak tahu harga jualan yang diletakkan murah?"

Nak tahu sama ada harga jualan yang diletakkan oleh suatu syarikat emas atau silver murah atau mahal, boleh rujuk spot price (harga lani). Semakin hampir harga jualan dengan spot price, semakin baik. Nak faham lebih lanjut berkaitan spot price, baca artikel berikut: Apakah Ia Spot Price?

Untuk semak spot price emas dan silver, boleh rujuk di website goldprice.org (bagi emas) dan silverprice.org (bagi silver). Kelebihan website ini ialah ia menyediakan harga dalam auns troy (troy ounce, ozt), kilogram dan gram. Selain itu, website ini juga menyediakan carta dalam 'line', 'bar' dan 'candlestick'.



Tambahan, ketika membuat bancian dan semakan harga jualan suatu produk emas atau silver, ambil kira juga perkara-perkara berikut yang boleh mempengaruhi harga jualan produk emas atau silver tersebut:

Ketulenan: Sepatutnya, semakin rendah ketulenan suatu produk emas atau silver, semakin rendah juga harganya. Boleh jadi, walaupun harga suatu produk emas atau silver sama atau hampir sama dengan produk emas atau silver yang lain, namun ketulenannya berbeza. Ataupun boleh jadi, walaupun harga suatu produk emas atau silver lebih murah berbanding produk emas atau silver yang lain, namun ketulenannya juga lebih rendah. Sebaiknya, pilih produk emas atau silver yang paling tinggi ketulenannya, paling rendah harganya.

Sebagai contoh, produk emas A berketulenan Au999.9 (24K) berharga RM200, produk emas B berketulenan Au916 (22K) berharga RM190, produk emas C berketulenan Au995 berharga RM200. Walaupun harga produk emas B murah berbanding produk emas A, atau produk emas A mahal berbanding produk emas B, namun ketulenan produk emas B rendah berbanding produk emas A, atau ketulenan produk emas A tinggi berbanding produk emas B. Walaupun harga produk emas A dan produk emas C sama, namun ketulenan produk emas C kurang berbanding produk emas A, atau ketulenan produk emas A lebih berbanding produk emas C.

Cukai: Bergantung kepada undang-undang semasa, sebahagian produk emas atau silver boleh jadi dikenakan cukai ke atasnya, manakala sebahagian produk emas atau silver lain dikecualikan cukai ke atasnya. Apabila suatu produk emas atau silver dikenakan cukai ke atasnya, sudah pasti harganya akan meningkat. Sebaiknya, pilih produk emas yang dikecualikan cukai ke atasnya.

Sebagai contoh, apabila Goods & Services Tax (GST, Cukai Barangan & Perkhidmatan) dilaksanakan, kesemua produk emas dan silver dikenakan GST sebanyak 6% ke atasnya, kecuali produk emas atau silver yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan untuk suatu produk emas atau silver dikecualikan GST ke atasnya.


Harga emas Public Gold antara harga emas termurah di Malaysia. Boleh rujuk harga emas dan silver Public Gold di website Public Gold berkenaan: Public Gold MalaysiaPublic Gold SingapuraPublic Gold Indonesia.

2 –  Spread (Selisih Harga) Rendah

Istilah 'spread' ini sering diterjemah sebagai 'susut nilai'. Namun, istilah 'susut nilai' ini sering disalah maksud dengan susut nilai 'depreciation' sebagaimana susut nilai yang berlaku pada barangan elektronik, sedangkan emas dan silver tiada susut nilai. Emas dan silver ialah aset material yang kekal bernilai sepanjang zaman dan pelindung nilai terbaik dalam sejarah peradaban manusia. Untuk elak salah maksud istilah spread ini, saya lebih suka terjemahnya kepada 'selisih harga', atau guna sahaja istilah spread tanpa diterjemahkan.

Spread (selisih harga) ialah peratus perbezaan antara harga syarikat jual (sell) dengan harga syarikat beli-balik (buyback). Semakin rendah spread, semakin cepat tempoh untuk dapat keuntungan dan semakin tinggi kadar keuntungan apabila harga naik.

Ini formula pengiraan spread:



Sebagai contoh, harga bagi suatu jongkong emas 10 gram adalah seperti berikut: harga jualan RM2000, harga belian-balik RM1820. Maka, spread bagi jongkong emas 10 gram tersebut:


Sebagai contoh, spread bagi produk emas A ialah 5%, produk emas B ialah 6%, produk emas C ialah 7%, dan produk emas D ialah 8%. Apabila harga emas naik sebanyak 7%, pemilik produk emas A akan peroleh keuntungan sebanyak 2% jika dia jual-balik produk emas A kepada syarikat pengeluarnya; pemilik produk emas B akan peroleh keuntungan sebanyak 1% jika dia jual-balik produk emas B kepada syarikat pengeluarnya; pemilik produk emas C hanya kembali modal jika dia jual-balik produk emas C kepada syarikat pengeluarnya; manakala pemilik produk emas D akan menanggung kerugian sebanyak 1% jika dia jual-balik produk emas D kepada syarikat pengeluarnya.


3 –  Stok Tiada Had

Bagi pelabur emas atau silver, strategi yang sering mereka gunakan untuk meraih keuntungan daripada pelaburan emas atau silver ialah beli emas atau silver ketika harga semasa emas atau silver rendah, kemudian jual-balik emas atau silver tersebut ketika harga semasa emas atau silver tinggi, atau bahasa mudahnya, 'buy low, sell high'.

Permasalahan yang sering berlaku dalam pasaran emas atau silver, banyak penjual emas atau silver mampu bekalkan emas atau silver ketika harga semasa emas atau silver sedang berada di paras tinggi, namun ketika harga semasa emas atau silver sedang berada di paras rendah, mereka tidak mampu bekalkan. Hal ini berlaku disebabkan sama ada mereka memang kehabisan stok, atau mereka beralasan mereka tiada stok tetapi hakikatnya mereka sorokkan stok emas atau silver mereka dan tunggu untuk dijual apabila harga meningkat.

Keadaan sebegitu sangat tidak mesra pelabur emas atau silver untuk meraih keuntungan maksima dengan strategi 'buy low, sell high'. Mereka tidak dapat beli dan borong emas atau silver ketika harga sedang berada di paras rendah, sedangkan sepatutnya ketika harga sedang berada di paras rendahlah peluang bagi mereka untuk beli dan borong sebanyak mungkin emas atau silver agar mereka dapat maksimakan keuntungan pelaburan mereka. Lebih menyedihkan lagi, kendatipun harga emas atau silver sedang berada di paras rendah, mereka hanya boleh melopong tengok sahaja harga tersebut tanpa mampu miliki emas atau silver dengan harga yang rendah tersebut.

Berdasarkan pemerhatian saya, syarikat emas atau silver yang mampu bekalkan seberapa banyak emas atau silver tanpa kehabisan stok buat masa ini hanyalah Public Gold. Public Gold mampu bekalkan emas dan silver tanpa had walaupun ketika harga emas atau silver turun mendadak dan berada di paras terendah. Hatta kalau nak borong 100 kilogram emas atau silver pun, Public Gold masih mampu bekalkan dan mampu sediakan stok dalam tempoh yang munasabah.


4 –  Prosedur Jual-Beli Mudah

Sebelum beli apa-apa produk emas atau silver daripada mana-mana syarikat emas atau silver, kaji dan semak dahulu syarat dan prosedur jual-belinya. Emas atau silver yang baik ialah emas atau silver yang mudah bagi pelanggan untuk membelinya dan mendapat jaminan daripada syarikatnya bahawa syarikat tersebut akan beli-balik emas atau silver tersebut dengan mudah tanpa syarat atau prosedur yang rumit.

Untuk urusan pembelian, ada syarikat yang hanya menjalankan kaedah pembelian secara runcit (retail). Pelanggan perlu hadir ke cawangan atau premis operasi syarikat tersebut mengikut waktu operasi cawangan atau premis tersebut untuk beli produk emas atau silver syarikat tersebut. Ini menyukarkan pelanggan yang waktu bekerjanya sama dengan waktu operasi syarikat tersebut. Jika pelanggan ingin buat belian, dia terpaksa korbankan waktu bekerjanya untuk datang ke cawangan atau premis syarikat tersebut.

Sebagai contoh, jika waktu operasi syarikat A pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 6:00 petang dan syarikat A hanya beroperasi pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis), sedangkan syarikat A hanya menjalankan kaedah pembelian secara runcit (retail), jika pelanggan syarikat A yang waktu bekerjanya sama dengan waktu operasi syarikat A ingin membuat belian, dia tidak boleh tidak perlu korbankan waktu bekerjanya untuk datang ke cawangan atau premis syarikat A.

Untuk urusan penjualan-balik, ada syarikat meletakkan syarat dan prosedur tertentu yang perlu pelanggannya patuhi jika pelanggan tersebut ingin syarikat tersebut menerima jualan-balik emas atau silver miliknya atau mendapatkan harga jualan-balik tinggi. Jika syarat dan prosedur tersebut tidak dipatuhi, syarikat akan kenakan spread tinggi berbanding biasa, harga jualan-balik akan jadi lebih rendah berbanding biasa, bahkan boleh jadi, syarikat tersebut tidak menerima jualan-balik emas atau silver tersebut!

Sebagai contoh, ada syarikat mengenakan syarat perlu sertakan resit asal pembelian emas atau silver; kalau tidak sertakan resit pembelian asal tersebut, syarikat tersebut tidak mahu menerima jualan-balik emas atau silver tersebut. Syarat ini menyukarkan dan membebankan pelanggannya kerana banyak orang sukar untuk menyimpan dan menjaga resit pembelian tersebut yang hanyalah sehelai kertas yang rapuh dan tidak tahan lasak.

Ada syarikat mengenakan syarat hanya pemilik asal berdasarkan nombor siri suatu produk emas atau silver sahaja boleh buat jualan-balik kepada syarikat tersebut. Disebabkan syarat ini, pemilik emas atau silver syarikat tersebut tidak boleh menjual emas atau silver syarikat tersebut kepada pembeli individu kerana tiada sesiapa akan mahu membelinya, atau membeli emas atau silver syarikat tersebut daripada penjual individu kerana dia tidak boleh jual-balik emas atau silver tersebut kepada syarikat tersebut.

Ada syarikat mengenakan syarat kondisi emas, silver atau seal kepada emas atau silver tersebut perlu dalam keadaan baik sebagaimana asal ia dibeli dan didapati daripada syarikat tersebut, tidak boleh ada sebarang kecacatan (seperti calar, kemek, bengkok, patah, seal terbuka) pada emas, silver atau seal kepada emas atau silver tersebut.

Kelebihan Public Gold, walaupun waktu operasi cawangan atau premis Public Gold pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 6:00 petang hari bekerja, Public Gold menyediakan kaedah pembelian dan jualan-balik secara atas talian (online). Jadi, walaupun pelanggan Public Gold sedang bekerja dan masih berada di tempat kerjanya, dia masih boleh lakukan urusan pembelian atau penjualan-balik emas dan silver Public Gold secara online. Hatta ketika cuti hujung minggu atau cuti umum sekalipun, urusan jual-beli emas dan silver Public Gold masih boleh dilakukan.

Untuk urusan penjualan-balik, Public Gold jamin akan beli-balik emas atau silver Public Gold walaupun calar, kemek, bengkok atau seal terbuka dengan spread sekitar 10% sahaja, selagimana berat dan ketulenan emas atau silver tersebut masih sama dan kekal.


5 –  Cawangan Jual-Beli Banyak

Bilangan dan accessibility cawangan atau premis operasi suatu syarikat emas atau silver sangat penting supaya pelanggannya mudah berurusan jual-beli dengan syarikat tersebut secara terus tanpa melalui perantaraan agent atau dealer syarikat tersebut.

Kalau suatu syarikat emas atau silver hanya mempunyai banyak agent atau dealer, tetapi cawangan atau premis operasinya sedikit atau sukar dicapai, pelanggan syarikat tersebut tidak boleh terlalu bergantung harap kepada agent atau dealer syarikat tersebut, kerana komitmen agent atau dealer tidak menentu, terutama apabila nak jual-balik nanti.

Berdasarkan pemerhatian saya, banyak agent atau dealer boleh dan mampu jual emas atau silver kepada pelanggan, tetapi tak banyak agent atau dealer boleh atau mampu beli-balik emas atau silver tersebut apabila pelanggan ingin jual-balik. Permasalahan ini berlaku kerana modal kewangan agent atau dealer untuk beli-balik emas atau silver yang ingin dijual-balik sangat terhad. Selain itu, ada juga agent atau dealer yang hanya jual emas atau silver kepada pelanggan, tetapi agent atau dealer tersebut tidak terima untuk beli-balik jika pelanggan ingin jual-balik emas atau silver tersebut.

Akibatnya, pelanggan sukar untuk jual-balik emas atau silver mereka untuk dapatkan wang. Kalau mereka jual emas atau silver tersebut kepada syarikat lain, biasanya syarikat lain tersebut akan kenakan spread tinggi melebihi spread syarikat asal emas atau silver tersebut. Jadi, kalau mereka tetap nak jual-balik juga emas atau silver tersebut, mereka terpaksa pergi ke cawangan atau premis syarikat emas atau silver tersebut, atau mereka terpaksa menanggung spread tinggi. Kalau cawangan atau premis tersebut jauh, mereka terpaksa pula menanggung kos tambahan seperti pengangkutan, masa dan tenaga.

Jadi, sebelum beli apa-apa produk emas atau silver daripada mana-mana syarikat emas atau silver, ambil kira juga kriteria ini agar urusan beli dan urusan jual-balik emas atau silver tersebut nanti mudah dan senang.




Public Gold mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut berkaitan cawangan Public Gold, boleh rujuk di website Public Gold: https://www.publicgold.com.my/index.php/branch.

Bagi yang berada di Indonesia, Public Gold juga ada cawangan di Indonesia.


Inilah secara ringkas kriteria penting emas atau silver simpanan atau pelaburan terbaik. Semoga dengan penerangan ringkas ini, dapat membantu anda membuat simpanan atau pelaburan emas atau silver dengan mudah, murah, selamat, patuh syariah dan potensi untung maksima. Ingat ya, semua kriteria ini perlulah dinilai secara pakej, bukan hanya menilai sebahagian kriteria dan mengabaikan sebahagian kriteria yang lain. Selepas semak dan nilai kesemua 5 kriteria penting ini secara pakej, barulah boleh tentukan emas atau silver simpanan atau pelaburan terbaik.

Jika ada apa-apa persoalan atau masih kurang jelas, boleh hubungi saya bila-bila masa di nombor berhubung saya +201148477262 (WhatsApp/Telegram/SMS/Call) atau mana-mana media sosial saya (Facebook/Instagram/Twitter). In syā’ Allāh, saya akan bimbing dan bantu berdasarkan ilmu saya.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Akaun Perak Silver Accumulation Program (SAP) Public Gold

Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold