Catatan

Simpan Silver: Peluang Paling Mudah, Paling Murah & Paling Pantas Untuk Jadi Pemberi Zakat

Imej
Zakat ialah ibadah mulia yang menghubungkan orang kaya dengan ashnāf zakat. Dengan zakat yang ditunaikan oleh orang kaya, beban kehidupan yang ditanggung oleh ashnāf zakat dapat diringankan. Sabda Rasūl-Allāh: ‏اليد العليا خير من اليد السفلى‏.‏ واليد العليا هي المنفقة، والسفلى هي السائلة‏‏‏‏. Maksudnya: "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan di atas ialah orang yang memberi perbelanjaan (infāq), (tangan) di bawah ialah yang meminta." [ Sumber ] Tahukah anda?! Menyimpan silver ialah cara paling mudah, paling murah dan paling pantas untuk anda menjadi pemberi zakat. Untuk seseorang diwajibkan ke atasnya zakat silver, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, asasnya: nishāb (kuorum) dan hawl (annum). Nishāb (kuorum) ialah berat minima yang apabila dicapai berat tersebut, pengiraan hawl akan bermula. Hawl (annum) pula ialah tempoh 1 tahun qamariy (lunar) penuh. Nishab bagi zakat silver ialah 200 dirham, bersamaan 595 gram. Hawl zakat silver ialah 1 tahun Hijr...

Ramadhān: Bulan Menyimpan & Bersedekah

Imej
Ramadhān merupakan antara bulan yang berlaku banyak sedekah padanya. Hal ini demikian kerana banyak orang akan meningkatkan sedekah dan amalan soleh di bulan yang barakah ini bagi meraih pahala berlipat ganda. Antara bentuk sedekah yang biasa diberikan ialah wang, makanan, minuman dan perkhidmatan (seperti memberi tumpang seseorang secara percuma). Bagi yang MENERIMA SEDEKAH, keadaan ini sebenarnya merupakan suatu PELUANG bagi mereka untuk meningkatkan simpanan kewangan atau memperbanyakkan lagi sedekah. Sebagai contoh, seseorang telah memperuntukkan sejumlah wang untuk berbelanja berbuka puasa. Tiba-tiba, datang seorang dermawan kepadanya dan memberikannya juadah berbuka puasa yang mencukupi. Maka, wang peruntukan berbelanja berbuka tersebut perlu dijadikan simpanan atau disedekahkan kepada orang lain. Amalan ini akan meningkatkan simpanan kewangan seseorang (sekiranya wang tersebut disimpan) atau meningkatkan pahala seseorang (sekiranya wang tersebut disedekahkan kepada orang lain...

Item Simpanan/Pelaburan atau Item Perhiasan?

Imej
Antara kesalahan banyak pembeli emas atau perak ialah mereka memilih dan membeli item yang salah atau tidak sesuai dengan tujuan mereka membeli emas atau perak. Sebagai contoh, tujuan mereka beli emas atau perak adalah untuk simpanan kewangan atau pelaburan, namun item yang mereka pilih dan beli ialah item perhiasan atau barang kemas, bukan item simpanan atau pelaburan. "Apakah perbezaan item perhiasan dengan item simpanan atau pelaburan?" ITEM SIMPANAN/PELABURAN VS ITEM PERHIASAN Ada beberapa perbezaan antara item simpanan atau pelaburan dengan item perhiasan, antaranya:: Fungsi & Tujuan Penghasilan Bentuk & Reka Bentuk ( Design ) Ketulenan Penilaian Harga Spread   (Selisih Harga) Ruang Simpanan Kemas Kini Harga ( Price Update ) Kemudah-Alihan Antarabangsa ( International Portability ) 💍FUNGSI & TUJUAN PENGHASILAN Fungsi dan tujuan penghasilan item perhiasan atau barang kemas adalah untuk berhias, manakala fungsi dan tujuan penghasilan item simpanan atau...

Valentine's Day: Mengasihi & Dikasihi

Imej
Hari Valentine ( Valentine's Day ), juga dikenali sebagai Hari Kekasih, disambut pada 14 Februari setiap tahun. Berdasarkan sejarah, Valentine's Day disambut bagi mengenang jasa dan pengorbanan seorang agama w an Kristian, Saint Valentine, dalam membela fitrah manusia wi  tentera Rom untuk berkah w in, yang mana pada ketika itu, tentera Rom dilarang untuk berkah win  oleh Maharaja Rom pada zaman tersebut. W alaupun pada a w alnya Valentine's Day disambut sebagai sambutan bersemangat keagamaan Kristian, namun masa kini ia telah dipluralisasikan menjadi sambutan untuk meraikan kasih sayang secara umum tanpa mengira agama. Dalam artikel ini, saya tidak mahu berbincang berkaitan hukum menyambut Hari Kekasih, kerana ia perkara khil ā fiyyah yang tidak menyentuh prinsip Isl ā m, dan saya pasti akan ada banyak orang berkongsi tentang hukum menyambutnya, sama ada yang mengharuskannya ataupun yang mengharamkannya. Sempena Hari Kekasih ini, marilah kita tinjau beberapa sifat orang ...

Kelebihan Perak Sebagai Simpanan Berbanding Emas

Imej
"Apa kelebihan silver berbanding emas? Kenapa Dr. Aizat lebih banyak simpan silver berbanding emas?" Ini antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Maklumlah, antara gelaran saya ialah 'Dr. Silver', jadi mereka bertanya soalan berkaitan silver kepada saya. Secara asasnya, kelebihan silver sebagai simpanan berbanding mata wang fiat sama sahaja dengan kelebihan emas sebagai simpanan berbanding mata wang fiat. Jika emas kalis inflasi dan manipulasi mata wang fiat, silver juga kalis inflasi dan manipulasi mata wang fiat. Jika emas mampu menutup kebocoran kewangan dan mengawal sifat boros berbelanja, silver juga mampu menutup kebocoran kewangan dan mengawal sifat boros berbelanja. Jika emas boleh dijadikan mas kahwin atau hantaran, silver lebih lagilah boleh dijadikan mas kahwin atau hantaran. Namun ada beberapa kelebihan yang silver ada lebih daripada emas. Ini antara kelebihan silver berbanding emas: #1 - Silver Digunakan Sebagai Mata Wang Lebih Meluas Berbanding Ema...

Ashhāb al-Kahf & Mata Wang Perak

Imej
Kisah ' Ashhāb al-Kahf' (أصحاب الكهف) antara kisah orang terdahulu (قصص السابقين) yang diceritakan dalam al-Qur' ā n, dan termasuk dalam kisah-kisah realistik (القصص الحق) dan perkara ghaib masa lalu (غائب ماض) yang wajib ke atas setiap muslim beriman kepadanya. Antara adegan yang dirakamkan dalam al-Qur' ā n tentang  Ashhāb al-Kahf adalah keadaan selepas mereka dibangkitkan daripada tidur mereka dan penggunaan mata wang perak oleh mereka sebagaimana firman All ā h: وَكَذَ ٰ⁠لِكَ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِیَتَسَاۤءَلُوا۟ بَیۡنَهُمۡۚ قَالَ قَاۤىِٕلࣱ مِّنۡهُمۡ كَمۡ لَبِثۡتُمۡۖ قَالُوا۟ لَبِثۡنَا یَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ یَوۡمࣲۚ قَالُوا۟ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ فَٱبۡعَثُوۤا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِینَةِ فَلۡیَنظُرۡ أَیُّهَاۤ أَزۡكَىٰ طَعَامࣰا فَلۡیَأۡتِكُم بِرِزۡقࣲ مِّنۡهُ وَلۡیَتَلَطَّفۡ وَلَا یُشۡعِرَنَّ بِكُمۡ أَحَدًا ۝  Dan demikianlah Kami telah bangkitkan mereka (daripada tidur mereka), supaya mereka saling bertanya sesama mereka. Salah seorang ...

Prinsip Penting Menyimpan Wang

Imej
Pernahkah anda cuba membuat simpanan kewangan, namun akhirnya gagal menyimpan? Simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit? Sudah membuat simpanan, tetapi ter'bocor' pula? Atau tiada simpanan kewangan langsung kerana tiada wang lebihan? Untuk artikel ini, saya kongsikan beberapa prinsip penting membuat simpanan kewangan agar kita dapat menyimpan wang, simpanan bertahan lama, berdisiplin dalam menyimpan, dan berjaya dalam membuat simpanan kewangan. Berikut antara prinsipnya: 1) Mulakan sekarang! Jangan tangguh! Pesan Robert Kiyosaki, pengarang 'Rich Dad, Poor Dad' dan pencipta permainan CashFlow:  “Your  future  is depends on what you do today, not tomorrow.” Maksudnya, masa hadapan kita bergantung kepada perkara yang kita lakukan pada hari ini, bukannya pada hari esok. Perkara yang kita lakukan atau tidak lakukan pada hari ini akan memberi kesan kepada masa hadapan kita. Bak kata pepatah, "perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama." Jika ki...

Harga Emas & Perak Tinggi: Perkara Yang Kita Boleh Lakukan

Imej
Pertama sekali, kita kena faham bahawa tinggi atau rendah suatu harga emas atau silver adalah relatif. Sebelum mengatakan suatu harga emas atau silver sedang tinggi atau rendah, perlu ada sandaran atau penanda aras ( benchmark ) sebagai rujukan bagi menentukan suatu harga tinggi atau rendah. Sebagi contoh, harga emas RM200/gram boleh dikatakan tinggi, dan boleh juga dikatakan rendah. Jika seseorang bandingkan harga emas RM200/gram dengan harga emas RM180/gram, semestinya dia akan merasakan harga RM200/gram tersebut tinggi. Namun jika seseorang bandingkan harga emas RM220/gram dengan harga RM240/gram, dia akan merasakan harga RM200/gram tersebut tidak tinggi, tetapi rendah. Dalam jangka masa panjang, harga emas dan  silver  pada masa hadapan boleh dikatakan pasti akan meningkat.lebih tinggi berbanding harga sekarang. Cuma, harga yang lebih tinggi pada masa hadapan tersebut tidak dapat dibuktikan melainkan apabila tiba masanya. Apabila tiba masanya, harga terdahulu ya...